VICTOR Ang turut melakukan promosi Tripda Malaysia peringkat Pulau Pinang, sempena majlis promosi media Karnival Hijau Pulau Pinang 2015 di sini, tengah hari tadi. |
Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN
- Tripda Inc, syarikat penyedia platform galakan perkongsian
kenderaan atas talian, www.tripda.com.my turut melancarkan operasi
globalnya di negeri ini, serentak dengan pembukaan Karnial Hijau
Pulau Pinang pada 13 dan 14 Jun pasar raya 1st Avenue Pulau Pinang,
di sini nanti.
Ketua Menteri,
Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Karnival Hijau Pulau Pinang
merupakan salah satu platform untuk bersama-sama menerapkan
'pemikiran hijau' secara progresif dan konstruktif demi pembangunan
mapan Pulau Pinang.
"Pulau
Pinang bukan sahaja salah satu bandar paling didiami di Malaysia,
bahkan (kelapan) di rantau Asia Tenggara juga.
"Jenama
Pulau Pinang ini sangat penting kerana disinonimkan dengan ciri
kesamarataan, boleh dipercayai, aman selamat, mampan serta telus.
"Pulau
Pinang perlu mengenal pasti keperluannya yang tersendiri untuk
menjadi bandar bertaraf antarabangsa," jelas Guan Eng yang juga
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih kepada wartawan di sini,
tengah hari tadi.
ADUN Air Putih merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Wong Hon Wai turut menyertai sidang media tersebut.
ADUN Air Putih merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Wong Hon Wai turut menyertai sidang media tersebut.
Melalui
program ini, katanya, Kerajaan Negeri dapat membangunan Tech Dome
dekat Komtar di sini, dengan mendapat kerjasama serta pensijilan
bangunan hijau daripada Persekutuan Bangunan Hijau Malaysia (MGBC).
Sebelum itu,
Pengurus Besar Majlis Hijau Pulau Pinang (PGC), Thing Siew Shuen
memberitahu program Moku-Moku Waste to Food Challenge, '1'm
Greend Chef' Kids' Workshop,
pertandingan warna 'Taman di Bintang', penampilan maskot Safe
Our Seafood merupakan antara
aktiviti menarik untuk pengunjung di karnival tahunan tersebut, yang
kali ini disertai lebih 50 peserta ekspo.
"Sand
Art Corner, WWF Malaysia, Green Cap Ventures dan Pusat Pengajian
Teknologi Industri (Universiti Sains Malaysia) USM akan menyediakan
pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung yang menyertai keseronokan
(di Karnival Hijau Pulau Pinang), selain mempelajari sesuatu yang
bermaklumat mengenai tema kita (Make Our Food Last),"
jelas Siew Shuen.
Tidak
cukup dengan itu, katanya, pertandingan pengucapan awam turut
dianjurkan untuk mencari finalis Idola Hijau Pulau Pinang 2015,
daripada kalangan remaja di negeri ini.
Bercakap
pada sidang media sama, Pengurus Tripda Malaysia dan Singapura,
Victor Ang berkata, kegunaan Tripda sekaligus akan mempromosi serta
menarik lebih ramai pengguna tradisi platform atas talian tersebut ke
program Karnival Hijau Pulau Pinang 2015 nanti.
Ini
kerana, katanya, Tripda yang diasaskan di Brazil pada tahun lepas
kini turut beroperasi di 12 negara meliputi Amerika Latin, Amerika
Utara dan Asia.
“Isu
keselamatan menjadi keutamaan kami dan menerusi pengenalannya sejak
Mei (2014) lalu di Brazil dan beberapa negara di Amerika Latin, tidak
terdapat sebarang isu keselamatan direkodkan oleh kami memandangkan
pemandu atau penumpang sendiri boleh menilai antara satu sama lain,
sebelum keputusan perkongsian dimuktamadkan.
“Selain itu, dari segi kos, kami sendiri akan menetapkan bayaran dikenakan kepada penumpang yang mana pemandu boleh memilih beberapa harga ditawarkan oleh kami daripada had minimum hingga maksimum mengikut jarak perjalanan.
Tambah
beliau, laman web Tripda mempunyai ciri keselamatan kepada pemandu
dan penumpang, dengan data peribadi terdapat di laman sosial seperti
facebook, untuk dilihat oleh pengguna bagi memastikan kewujudan
individu sebelum saling berkongsi kenderaan.
Karnival
Hijau Pulau Pinang dianjurkan secara bersama-sama PBC, MGBC, Green
Building Index Sdn. Bhd. (GBI) dan 1st Avenue Pulau Pinang, dengan
sokongan Institut Pulau Pinang (PI), Sunshine Garden Centre Sdn.
Bhd., Jasper Promenade Sdn. Bhd. dan pusat membeli belah ICT Komtar.
Manakala,
Ace Dot My Sdn Bhd, TMT Online Sdn. Bhd., OOHM International Holdings
Sdn. Bhd., XOX Com Sdn Bhd, Matahari Seragam Centre Sdn. Bhd., Nets
Printwork Sdn Bhd, Aim Max Media Sdn. Bhd., Media Optimum Sdn. Bhd.,
Gurl Studio, perkakasan Vees Kitchen, Wangchao Restoran dan Buffet
Catering dan Chef Teoh Jun Hung pula merupakan antara penaja acara
sepanjang dua hari berlangsungnya karvival tersebut.
No comments:
Post a Comment