ABDUL Malik Abul Kassim (berdiri, depan) menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis enang Suoq Ramadan & Ihya' Ramadan 2015 di sini baru-baru ini. |
Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG
JAYA - Yang Dipertua Negeri, Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Tun
Datuk Seri Utama Dr. Abdul Rahman Abbas baru-baru ini menyempurnakan
majlis penyerahan sumbangan kepada kesemua 212 masjid di negeri ini,
sempena menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak.
Timbalan Ketua
Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon dalam ucapannya berkata,
keberkatan bulan ibadah puasa ini seharusnya menuntut umat Islam agar
menyebarkan rasa saling kasih sayang sesama manusia, termasuk ke atas
golongan miskin serta mereka yang belum memeluk agama Islam.
"Berpuasa
ini sangat dalam maksudnya, iaitu bukti ketakwaan kita kepada Allah
serta memupuk kasih sayang kita dengan golongan fakir dan miskin yang
selama ini terpaksa mengikat perut untuk meneruskan kehidupan.
"Sempena
Ramadan kali ini, marilah kita menggandakan ibadah kita kepada Allah,
serta mengamalkan kesederhanaan supaya Islam terus dilihat sebagai
'Rahmat Ke Seluruh Alam'," jelas Mohd. Rashid yang juga Exco
Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Pembangunan
Keusahawanan, Koperasi dan Perhubungan Kemasyarakatan pada Majlis
Suoq Ramadan & Ihya' Ramadan 2015 di perkarangan Masjid Daerah
Seberang Perai Tengah dekat Bandar Perda di sini baru-baru ini.
Exco Hal Ehwal
Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato'
Abdul Malik Abul Kassim dalam ucapannya turut menyeru umat Islam
supaya menggiatkan usaha dakwah pada bulan Ramadan, selain
menggandakan ibadah-ibadah sunat yang lain.
"Jangan
kita hanya memburu ibadah solat taraweh secara berjamaah semata-mata
sehingga terlupa mengenai keutamaan dakwah khususnya kepada bukan
Islam.
"Islam
adalah agama Rahmatan Lil 'Alami
(Rahmat Ke Seluruh Alam), maka wajiblah kita menjelaskan mengenai
keindahan Islam baik kepada orang Islam mahupun (mereka yang) bukan
Islam," jelas Abdul Malik.
Difahamkan, Masjid Negeri Pulau Pinang menerima sumbangan RM5,000,
manakala, kelima-lima masjid daerah masing-masing menerima RM2,000
untuk melaksanakan program pengimarahan masjid, sempanjang bulan
Ramadan ini.
Tiap-tiap masjid kariah pula turut diberi sumbangan sebanyak RM1,000.
Pada
majlis sama, Tun Abdul Rahman turut menyerakan logoboard
"Penang Suoq Ramadan 2015"
kepada beberapa badan korporat, antaranya Gama Supermarket &
Departmental Store Sdn. Bhd., Sunway Carnival Mall,
Kamdar Sdn. Bhd., Sunshine Square cawangan Bayan Baru, Farlim dan
Bertam, restoran De'Pauh Garden, Mydin Emporium, Mydian Hypermarket
cawangan Bertam dan Bukit Jambul, Prangin Mall serta PDC Setia Urus
Sdn. Bhd..
Mufti Pulau Pinang, Sohibus Samahah Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor dan
Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti) turut
menyertai majlis rasmi tersebut.
No comments:
Post a Comment