KETUA Menteri (kiri) dan Wong Hon Wai (kanan) menunjukkan dokumen rasmi RMK-11 yang didakwa mengabaikan rakyat Malaysia di Pulau Pinang, pada sidang media di sini baru-baru ini. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE
TOWN - Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang dibentangkan oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Mei lepas
langsung tidak membawa manfaat kepada rakyat Malaysia di negeri ini,
sungguhpun Kerajaan Negeri sebelum ini telahpun membentangkan
permohonan projek-projek pembangunan negeri pada masa depan yang
keseluruhannya bernilai hampir RM21 bilion.
Sambil
mengecam layanan dingin Putrajaya, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan
Eng berkata, Kerajaan Negeri tetap akan meneruskan rancangan Pelan
Induk Pengangkutan Awam serta beberapa projek lain di negeri ini,
walaupun mengaku akan melalui saat yang sukar dalam tempoh lima tahun
mendatang.
"Tentu
kita (Kerajaan Negeri) meminta (peruntukan melalui RMK-11) untuk
menangani kesesakan lalulintas dengan membina MRT (transit laju
massa), LRT (transit aliran ringan) serta melebarkan jalan serta
memperbesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (di Bayan
Lepas) yang saya rasa akan mencecah kapasiti (maksimum) pada akhir
tahun ini.
"Tetapi,
semua pemintaan ini langsung tidak dilayan dan Kerajaan Negeri (Pulau
Pinang) tidak diberikan apa-apa pun (projek pembangunan) di bawah
Rancangan Malaysia Ke-11, dan sekali lagi Pulau Pinang dilupakan, ini
mengulangi lagi peristiwa rakyat Malaysia di Pulau Pinang
dipinggirkan seperti dalam Bajet 2015.
“Kerajaan
Negeri akan tetap meneruskan program-program pembangunan dan
program-program kebajikan untuk rakyat Malaysia di Pulau Pinang
sungguhpun sukar, seperti melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan Awam
demi menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan dan mengatasi masalah
kesesakan trafik.
"Tiada
apa-apa (projek pembangunan) untuk Pulau Pinang dan itu sesuatu yang
kita (Kerajaan Negeri) kecam kerana Kerajaan Barisan Nasional (Pusat)
bermain politik sehingga mengabaikan kepentingan nasional di negeri
ini,” ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan merangkap ADUN
Air Putih kepada wartawan di sini baru-baru ini.
Wong Hon Wai
yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam merangkap
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri turut hadir pada sidang media
tersebut.
Justeru,
Guan Eng memberitahu bahawa beliau yakin majoriti rakyat di negeri
ini akan terus menolak pembangkang Pulau Pinang pada Pilihan Raya
Umum Ke-14 (PRU14) nanti, ekoran layanan dingin Kerajaan Pusat
terhadap warganegara Malaysia di bermastautin di negeri ini.
KETUA Menteri (dua dari kiri) bersama-sama Mohd. Rashid Hasnon (kiri sekali), P. Ramasamy (kanan sekali) dan Jaseni Maidinsa (tiga dari kiri) pada AGM Holdings Berhad di sini baru-baru ini. |
Dalam
perkembangan berasingan, Guan Eng turut memberi respons pada laporan
berita akhbar Nanyang Siang Pau pada melaporkan menyentuh mengenai
sumbangan kutipan cukai mengikut negeri yang diserahkan kepada
Kerajaan Pusat untuk pembangunan nasional di seluruh negara.
Laporan
tersebut mendedahkan Pulau Pinang merupakan penyumbang cukai ketiga
tertinggi, iaitu sebanyak RM6,302 juta di belakang Johor (RM8,575
juta) dan Kuala Lumpur (RM109, 612 juta).
“Walaupun
kita sebagai penyumbang cukai ketiga tertinggi di Malaysia, tetapi
langsung tiada apa-apa (projek pembangunan melalui RMK-11) untuk
rakyat Malaysia di Pulau Pinang.
“Ini
(menggambarkan) rakyat Malaysia di Pulau Pinang sekali lagi
dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat walaupun mereka masing-masing
membayar pelbagai cukai atas semangat dan kepentingan nasional,”
tegas Guan Eng pada sidang media yang lain di sini baru-baru ini.
Guan Eng
yang juga Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)
berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PBA
Holdings Berhad
Timbalan
Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Prof. P. Ramasamy
(Timbalan Ketua Menteri II) dan Ir. Jaseni Maidinsa (Pengurus Besar
PBAPP) turut menyertai sidang media itu.
Terdahulu,
Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo
turut mempertikai RMK-11 yang mengumumkan peruntukan membina 653,000
unit rumah mampu milik di negara ini dalam tempoh lima tahun, tetapi
langsung tiada projek seumpama itu di negeri ini.
Layanan
dingin itu, katanya, seakan mengulangi sejarah Bajet 2015
memperuntukkan sejumlah RM1.8 bilion untuk membina 80,000 unit
perumahan mampu milik di tanah air, namun, langsung tiada pembangunan
Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di negeri ini sehingga kini.
No comments:
Post a Comment