LOW Wee Wern. |
BINTANG muda
ini adalah pemain skuasy kedua negara, di belakang ratu skuasy nombor
1 dunia, Dato' Nicol Ann David.
Wartawan
akhbar Buletin Mutiara, ZAINULFAQAR YAACOB berkesempatan mewawancara
Low Wee Wern, 25, iaitu anak jati Pulau Pinang.
Wee Wern
berada dalam ranking ke-7 dunia, pada bulan April 2015.
Pada kejohanan
Sukan Asia Incheon 2014, Wee Wern memenangi pingat perak untuk
kategori perseorang wanita, selepas ditewaskan oleh Nicol.
Bagaimanapun,
beliau melahirkan rasa syukur dan berbangga kerana berjaya mendapat
pingat emas kategori berpasukan bersama-sama Nicol dan rakan senegara
lain pada kejohanan itu.
Pun begitu,
koyakan padan legamen lutut kiri beliau memaksa Wee Wern untuk
berehat kira-kira enam bulan juga, sebelum kembali beraksi.
Jika tidak
cedera teruk, barangkali Wee Wern akan menempah nama juga pada
Kejohanan Skuasy Perseorangan Asia Ke-18 di Kuwait pada 1 hingga 5
Mei lalu, serta kejohanan berprestij Terbuka British pada 9 hingga 17
Mei lepas di Hull.
"Sebagai
pemain profesional sepenuh masa, selalu mengalami kecederaan, tetapi
kali ini ACL (anterior cruciate ligament) paling teruk.
"Saya
tidak sangka seteruk ini, tetapi, bersyukurlah kerana pembedahan
telahpun selamat dijalankan.
"Sebenarnya
saya tetap menjalani program latihan pemulihan tiap-tiap, seperti
latihan (skuasy) juga, dengan dua tiga jam juga (dalam) enam hari
tiap-tiap minggu akan berada dalam gym.
"Secara
normalnya mengambil masa selama enam bulan untuk sembuh," ujar
Wee Wern.
Latih sejak
9 tahun
Wee Wern mula
menceburi sukan skuasy sejak dibangku sekolah rendah lagi.
Beliau belajar
di Sekolah Perempuan Methodist, seterusnya ke sebuah sekolah menengah
swasta yang dikenali sebagai Sri Pelita International School.
Adiknya, Low
Wee Nee juga merupakan atlet skuasy profesional, tetapi kini berehat
untuk memenuhi tanggungjawab akademiknya.
Sebalinya Wee
Wern pula terus memburu kejuaraan dalam arena skuasy, walaupun pernah
ada tajaan perseorangan untuk beliau melanjutkan pengajian ke
Universiti Harvard dan Trinity College di luar negara, tahun
2009 dulu.
Pengorbanan
dan kegigihannya berbaloh kerana sebelum meletakkan pen dan kertas,
Wee Wern merangkul Kejohanan Skuasy Terbuka Britain Bawah 19 Tahun.
Beliau
merangkul kira-kira 19 gelaran dalam pelbagai kejohanan dalam tempoh
2001 hingga 2006, termasuk termasuk dalam Piala Remaja & Perintis
Asia Bawah 19 tahun pada tahun 2006.
"Saya
mula bermain skuasy pada usia sembilan tahun, yang kini berpusat di
Pusat Skuasy Antarabangsa Pulau Pinang di Bukit Dumbar.
"Emak
saya kata saya perlu melakukan sesuatu pada tiap-tiap hujung minggu
dan saya menjalani latihan skuasy.
"Sekarang,
saya masih menerima tunjuk ajar dan semangat daripada jurulatif Aaron
Soyza.
"(Skuasy)
ini sudah macam adalah kerier, tetapi, ini bukanlah kareir yang mudah
dan memerlukan kecekalan untuk terus duduk dalam ini," jelas
beliau sambil berharap aksinya selepas tempoh pemulihan ini bertambah
baik.
Dibandingkan
Nicol
Walaupun sudah
mempunyai rekod kejayaan yang tersendiri, Wee Wern mengaku bahawa
beliau seringkali dibandingkan dengan kehebatan Nicol.
Bagaimanapun,
beliau senantiasa menganggap kejayaan Nicol sebagai bara yang
membakar semangatnya untuk melakukan yang terbaik pada setiap kali di
gelanggang.
"(Berentap
kejuaraan dengan Nicol) ini sesuatu pengalaman yang besar untuk saya.
"Inilah
pengalaman yang baik, walaupun saya sendiri pada mulanya agak
gementar untuk perlawanan itu.
"Nicol
telah mencapai apa yang setiap pemain skuasy impikan, (malah) menjadi
impian tiap-tiap atlet.
"Saya
agak rapat dengannya sebagai rakan senegara dan saya akan cuba untuk
menjadi yang terbaik yang saya mampu.
"Saya
berharap untuk terus menjulang bendera negara ke persada
antarabangsa," jelasnya lagi.
"Baju
T & Seluar Pendek"
Di luar
gelanggang skuasy, Wee Wern yang mempunyai wajah yang cantik, jelita
serta lincah sudah tentu diburu oleh kaum media untuk mengisi majalah
popular dalam negara ini.
Pun begitu,
beliau mengaku bahawa beliau bukanlah seorang yang lazim berfesyen,
apatah lagi bersolek seperti beberapa selebriti sukan tanah air.
Katanya,
amalan pemakanan yang sihat, diet yang seimbang serta latihan
kecerdasan yang konsistan lebih penting untuk seseorang atlet
profesional.
"Apabila
seseorang atlet dijemput untuk mengisi satu-satu majalah, ini suatu
peluang yang baik untuk kita lakukan.
"Saya
fikir saya biasanya tidak menggayakan (sesuatu fesyen)...selalu saya
dengan baju T dan seluar pendek (pakaian sukan) tanpa melakukan
apa-apa (solekan)," seloroh Wee Wern, mengukir senyuman.
Harapan
Wee Wern memberitahu bahawa menjadi atlet profesional skuasy pun
sebenarnya menjajikan prospek kerjaya yang berjaya dan tersendiri,
dengan syarat seseorang atlet itu seharusnya disiplin serta mesti
membuktikan kebolahan masing-masing dalam setiap kejohanan yang
disertai.
Disiplin dan rekod kejayaaan, katanya, sudah pasti akan menggamit
tajaan daripada pihak swasta serta sokongan daripada kerajaan
sendiri.
Baginya, aksi di gelanggang tidak dapat tidak mesti membawa nama
serta semangat Malaysia dan negeri Pulau Pinang, baru ada
kepuasannya.
"Sukan
memang ada risikonya, terutama apabila kita cedera, kita sendiri
tidak tahu nasib kita sama ada boleh beraksi lagi di gelanggang atau
sebaliknya.
"Tetapi,
saya berharap dengan sokongan banyak pihak, saya boleh memberikan
sesuatu untuk Malaysia dan untuk Pulau Pinang melalui karier saya,
sekarang ini.
"Ini
adalah kerier, tetapi bukanlah kareir yang mudah dan memerlukan
kecekalan untuk terus duduk dalam ini, dan saya berharap lebih banyak
lagi tajaan serta sokongan untuk atlet-atlet baru dalam sukan
(skuasy) ini.
"Tanpa
tajaan mereka, mungkin sukar untuk melakukan semua ini sehingga saya
boleh menjadi seorang pemain profesional sepenuh masa.
"Saya
telah mengelilingi pelbagai negara dan menyertai banyak kejohanan
peringkat dunia dalam tempoh enam bulan (belakangan) ini, tetapi
kerinduan dan kecintaan saya (masih terpauh) di Pulau Pinang,"
jelas Wee Wern.
No comments:
Post a Comment