17 June 2015

Kawal harga atau haram terus arak murah, tegas Ahli Majlis DAP di MPSP David Marshel

P. David Marshel dalam suatu klip video secara sederhana memujuk rakyat Malaysia supaya menyertai Gerakan Anti Arak Murah, dengan menurunkan petisyen sokongan pada pergerakan tersebut.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERAI – Gerakan Anti Arak Murah melancarkan petisyen dengan 100,000 tandatangan sokongan, kata Ketua Penyelarasnya P. David Marshel baru-baru ini.

David Marshel yang juga Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai memberitahu, langkah itu demi mendesak Kerajaan Pusat menaikkan harga atau mengharamkan terus arak murah dalam pasaran, khususnya di Pulau Pinang.

"Arak murah ini berharga lebih murah darpada (harga) sebotol air minirel.

"Akibatnya, orang ramai khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah atau warga asing sendiripun boleh membeli arak ini dengan harga semurah RM1.70 (untuk kandungan) 125 mililiter, dengan peratusan alkohol (setinggi) 38 peratus," jelas beliau, dipetik daripada klip video berdurasi 12 minit.

Sehingga pertengahan bulan April lepas, David memberitahu bahawa pergerakan sivil itu berjaya mendapatkan mengumpulkan kira-kira 6,330 tandatangan sokongan.

Tambah beliau, kempen ini seharusnya disambul oleh semua bangsa, sungguhpun rata-rata terbabit adalah daripada kalangan komuniti India.

"Pergerakan ini ada merancang untuk mengadakan perhimpunan aman pada 26 Januari tahun depan di Kulim.

“(Perhimpunan aman) kami ini sempena memperingati peristiwa 32 orang yang terbunuh di Kulim pada 1981, kerana minum arak haram (samsu),” katanya tegas beliau sambil menggamit lebih ramai rakyat Malaysia menyertai pergerakan sukarelawan tersebut.

Terdahulu, David Marshel dan seorang lagi Ahli Majlis MPSP, M. Satees dalam sidang media pada bulan April tahun lepas mempertimbangkan cadangan mengharamkan penjualan arak murah, atas sebab berisiko untuk mereka daripada keluarga berpendapatan rendah menghidapi penyakit barah.

Mereka mencadangkan sedemikian berdasarkan maklumat mesyuarat MPSP yang mendedahkan, dari 369 premis yang menjual arak (likuor) yang diberikan lesen, sebanyak 250 premis adalah di pasaraya dan kedai runcit.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus