04 June 2015

Jabil tambah pelaburan RM1 bilion di Batu Kawan, wujud 2,500 peluang kerja

KETUA Menteri (tiga dari kiri) saling bersalaman dengan Ong Kay Chong (empat dari kiri) selepas selesai Majlis MOU antara Jabil dan BDC, sambil disaksikan oleh Mohd. Rashid Hasnon (paling kiri) dan Rosli Jaafar (dua dari kiri) di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Jabil menambahkan pelaburan sebanyak RM1 bilion lagi di atas 20 ekar tanah dekat Taman Perindustrian Batu Kawan yang dibeli daripada Kerajaan Negeri, selepas kejayaan mereka menubuhkan industri seumpamanya di Tapak Perindustrian Bayan Lepas sejak tahun 1995.


Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu, projek pelaburan terbaru Jabil dalam tempoh lima tahun itu sekaligus akan menyediakan 2,500 lagi peluang pekerjaaan mahir untuk warganegara.

"Selepas 20 tahun, Jabil bersedia mengembangkan operasinya.

"Pengembangan ini bukan sahaja dilihat sebagai satu lagi pencapaian terbaru yang penting buat Jabil, (malah) ia juga merupakan pelaburan strategik untuk negeri Pulau Pinang," jelas Guan Eng pada Majlis Perjanjian Persefahaman (MOU) antara JABIL dan agensi Kerajaan Negeri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang di bangunan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

PDC diwakili oleh Pengurus Besar, Dato' Rosli Jaafar, manakala, Jabil diwakili Ong Kay Chong (Naib Presiden Kanan Bahagian Operasi, Perkhidmatan Pengilangan Elektronik Jabil Circuit Singapore Private Limited).

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Exco Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat, Dato' Mohd. Rashid Hasnon dan Loo Lee Lian (Pengurus Besar InvestPenang turut menyaksikan majlis pemeteraian MOU tersebut.

Guan Eng yang juga yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam memberitahu, langkah pengembangan industri Jabil adalah tepat serta strategik, memandangkan Taman Perindustrian Batu Kawan kini turut menjadi destinasi pelaburan pilihan beberapa pengusaha multinasional (MNC) seperti BOSE, Sandisk dan Seagate.

"Jabil memilih Pulau Pinang untuk mengembangkan operasinya atas pelbagai sebab, di antaranya kerana adanya (tenaga kerja) berbakat yang berkemahiran tinggi dan rantaian bekalan bertaraf dunia.

"Sebagai negara perindustrian yang teguh, Pulau Pinang juga menawarkan kos berdaya saing menjalankan perniagaan, pelbagai insentif dan perlindungan harta intelek yang kukuh," jelas Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih merangkap Ahli Parlimen Bagan.

Terdahulu, indusri Jabil dari Singapura mula menubuhkan industri hijaunya di Taman Perindustrian Bayan Lepas pada tahun 1995, dan Pulau Pinang kini merupakan hub persisir luar Jabil yang utama di rantau Asia.

20 ekar tanah yang dikenal pasti di Batu Kawan ini akan menjadi kilang bagi menghasilkan produk untuk sektor perusahaan awam, perindustrian, perubatan, aero angkasa.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus