KETUA Menteri (depan, kiri) disantuni N. Vasantharajan (depan, kanan) selepas majlis perasmian Persidangan Integrasi ASEAN 2015 di sini baru-baru ini. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Pulau Pinang mampu menjadi destinasi pengembangan pasaran pengguna serta perluasan rangkaian pengeluaran di peringkat Asia pada masa depan, jika corak perdagangan domestik di negeri ini mampu memenuhi citarasa komuniti ekonomi ASEAN.
Menurut Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Pulau Pinang mampu pergi sejauh itu memandangkan projek pelaburan bagi tahun 2014 yang diluluskan ke negeri ini merupakan ketiga tertinggi di Malaysia, di belakang Johor dan Sarawak.
Katanya, laporan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dipetik, keseluruhan pelaburan ke Pulau Pinang pada tahun lalu meningkat 109 peratus menjadi RM8.2 bilion, berbanding RM3.9 bilion pada tahun sebelumnya.
"Kita semua perlu berubah dengan mara ke hadapan, dengan membawa beberapa teras penting yang telah sedia ada di Pulau Pinang untuk kembali kuat semula.
"Integrasi dalam perdagangan ini bukan sahaja melihat citarasa sesama kita di Malaysia khususnya di Pulau Pinang, tetapi perlu lihat juga (citarasa) ekonomi yang berubah-ubah di peringkat ASEAN," jelas Guan Eng jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam di Hotel The Light di sini baru-baru ini.
Guan Eng berkata demikian pada Persidangan Integrasi ASEAN 2015, bertemakan "Masa Depan Kita: Pemusatan Komuniti Rakyat Dalam Melaksanakan Perniagaan Di ASEAN".
Difahamkan, program anjuran Dewan Perdagangan & Industri Kaum India Malaysia itu turut disokong Pengerusi Bersama Sidang Kemuncak ASEAN 2015 Malaysia.
Pengerusi Dewan Perdagangan & Industri Kaum India Malaysia, Dato' N. Vasantharajan dan Datuk S.S.T. Muniandy (Pengerusi Dewan Perdagangan & Industri Kaum India Malaysia Pulau Pinang) turut hadir pada majlis pembukaan persidangan peringkat antarabangsa tersebut.
No comments:
Post a Comment