16 June 2015

1,602 terima sumbangan zakat sempena sambut Ramadan

TUN Abdul Rahman Abbas (empat dari kiri) dan Mohd. Salleh Man (dua dari kiri) memegang palkad agihan sumber zakat berjumlah RM8,570,000 sempena sambutan Nur Ramadan 2015M/1436H, sambil disaksikan oleh Farizan Darus (tengah), Abdul Malik Abul Kassim (kanan sekali) dan Azman Abdul Somat (kiri sekali) di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BERTAM - Seramai 1,602 orang asnaf terpilih dari sekitar kawasan Seberang Perai menerima pelbagai sumbangan daripada sumber zakat yang keseluruhannya berjumlah RM1,070,136 senpena sambutan Nur Ramadan kali ini.

Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Dato' Mohd. Salleh Man berkata, jumlah keseluruhan sumbangan bantuan Nur Ramadan kali ini adalah sebanyak RM8,570,000, iaitu diagihkan dalam bentu wang tunai RM600, hamper dan berasdemi menceriakan mereka yang berkenaan.

"Sumbangan yang disampaikan menjelang masuknya bulan ibadah berpuasa (Ramadan) ini diharapkan akan menjadi lebih bermakna dan menceriakan kita semua, khususnya para penerima hari ini," jelas Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir di Dewan Milenium dekat kawasan Parlimen Kepala Batas di sini baru-baru ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Abdul Malik Abul Kassim turut berucap pada majlis tersebut.

Majlis Nur Ramadan 2015M/1436H itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Tun Datuk Seri Utama Dr. Abdul Rahman Abbas.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Seri Farizan Darus dan Pengurus Besar ZPP, Dr. Azman Abdul Somat.

Pada majlis sama, Tun Abdul Rahman turut mewakili ZPP bagi menerima zakat korporat daripada wakil Telekom Malaysia Berhad (TM) dan wakil Projek Pebuhraya Usahasama Berhad (PLUS), yang haul 2014 masing-masing berjumlah RM128,469 dan RM708,244.

MOHD. Salleh Man.
Mohd. Salleh pada sidang media selepas itu turut memberi respons pada isu semua wakil PAS digesa melepaskan jawatan lantikan politik masing-masing dalam Kerajaan Negeri, susulan usul "memutuskan hubungan politik dengan DAP" telahpun diterima dalam muktamar parti baru-baru ini.

Mohd. Salleh memberitahu, statusnya sebagai Yang di-Pertua MAINPP hanya boleh ditentukan oleh istana memandangkan pelantikannya dilakukan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong.

"Saya masih Yang di-Pertua Majlis Agama Islam...masih berkhidmat dengan Kerajaan, masih berkhidmat dengan majlis (MAINPP) dan masih berkhidmat dengan zakat (sebagai Ahli Lembaga Pengarah ZPP).

"Saya dilantik oleh pihak istana dan saya menghormati pelantikan yang diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong," jelas Mohd. Salleh kepada wartawan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus