06 March 2015

Sabar dua ahli kariah dipuji, Guan Eng beri ganjaran

KETUA Menteri (lima dari kiri) menyerahkan ganjaran kepada Muhamad Nazri Hashim (enam dari kiri) dan dan Muhd. Hasmadi Ahmad Tuah (dua dari kanan), sambil diperhati oleh pemimpin Kerajaan Negeri serta ahli kariah Masjid Jamek Telaga Air di sini, baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAGAN DALAM - Dua anak kariah yang berjaya menangkap dalang membaling bungkusan daging babi ke kawasan Masjid Jamek Telaga Air dekat kawasan Parlimen Bagan baru-baru ini, diberi ganjaran daripada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Dua anak kariah berkenaan, Muhamad Nazri Hashim, 44 dan Muhd. Hasmadi Ahmad Tuah, 24,

"Cara ahli kariah ini menangani masalah ini dengan penuh sensitiviti dan penuh kesabaran, saya rasa, itulah ajaran Islam yang sebenar.

“Inilah ajaran Islam, iaitu sebagai agama yang mengajar aman damai, dan bukanlah tindakan provokasi seperti yang dipaparkan oleh pihak-pihak tertentu," ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Pada sidang media itu, Guan Eng turut mengummkan peruntukan sebanyak RM54,000 untuk tujuan pemasangan aksesori keselamatan seperti pagar dan lain-lain, sebagaimana dimohon oleh jawatankuasa kariah tersebut.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti merangkap ADUN Bagan Jermal, Lim Hock Seng, Phee Boon Poh (Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar merangkap ADUN Sungai Puyu) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri (ADUN) Bagan Dalam, A. Thanasekharen turut menyertai majlis ringkas itu.

Pemimpin Kerajaan Negeri turut dibawa oleh Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Telaga Air, Razuan Hashim melihat kawasan kejadian di sini.

Muhamad Nazri memberitahu, kejadian serupa berlaku sebanyak lapan kali dalam tempoh tiga bulan sebelum suspek terbabit berjaya diberkas.

“Kita buat intipan tiap-tiap malam atas nasihat polis sendiri, sehinggalah tindakan suspek pada hari kejadian berjaya dihidu oleh Hasmadi dan diberkas oleh ahli kariah.

“Kalau nak bising dan heboh, kita pun boleh buat provokasi tidak matang sebegitu, tetapi, ini bukan caranya,” jelas Muhamad Nazri.

Katanya lagi, ahli kariah mengambil jalan bersabar dan terus membuat intipan kira-kira tiga bulan, susulan nasihat polis dan pemimpin kariah.

“Suspek yang ditangkap itu adalah seorang Cina, dan kami diberitahu bahawa siasatan polis mendapati suspek mempunyai masalah mental,” jelasnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus