05 March 2015

P.Pinang lantik BP Healthcare urus mammogram percuma, belanja RM3 juta, umum Guan Eng

KETUA Menteri (empat daripada kiri) menyaksikan Afif Bahardin (dua dari kiri) menyerahkan Surat Setuju Terima Perkhidmatan Pemeriksaan Mammogram Percuma kepada wakil BP Healthcare, Beh Chun Chuan (enam dari kiri), sambil diperhatikan kepimpinan Kerajaan Negeri lain di sini baru-baru ini. | Foto: facebook Buletin Mutiara

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF & ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : CHAN LILIAN

GEORGE TOWN - BP Healthcare dilantik sebagai pelaksana pemeriksaan mammogram secara percuma ke atas pengundi wanita berdaftar yang berumur 35 tahun dan ke atas di negeri ini, mulai 28 Februari.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM3 juta untuk membiayai kos pemeriksaan kanser payudara dalam tempoh tiga tahun ini.

"Program ini dijangka akan berterusan sehingga 2018 dengan jangkaan awal seramai 23,280 peserta," ujar Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih pada sidang media, selepas Majlis Penyerahan Surat Setuju Perkhidmatan Pemeriksaan Program Mammogram Pulau Pinang 2015 di sini baru-baru ini.

Mewakili Kerajaan Negeri, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin menyerahkan Surat Setuju kepada wakil BP Healthcare, Beh Chun Chuan.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon, Prof. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Chong Eng (Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Dato’ Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Dr. Norlela Ariffin (ADUN Penanti) dan Lim Siew Khim (ADUN Sungai Pinang) turut menyaksikan majlis tersebut.

Justeru, Guan Eng berkata, Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), 'Penang Sihat' dan 'Pink Penang' dilantik sebagai kumpulan sokongan rasmi, demi menjayakan kempen kebajikan terbaru ini.

Kempen ini, katanya lagi, akan meliputi semua Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN), pada setiap hujung minggu, hari Sabtu dan Ahad.

"Sekiranya program ini mendapat sambutan yang menggalakkan, Kerajaan Negeri bersedia untuk melaksanakan program ini pada hari bekerja," jelas Guan Eng lagi.

Difahamkan, 19 daripada setiap 100,000 kematian di seluruh negara adalah berpunca oleh barah payudara.

Satu daripada setiap 20 wanita di negara ini mempunyai risiko mengidap kanser payudara, sekaligus bersamaan dengan 700,000 orang.

Program terbaru khusus untuk wanita ini merupakan satu lagi janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dikotakan oleh Kerajaan Negeri di Pulau Pinang, kini. 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus