05 March 2015

50,718 'dalam senarai menunggu' – Exco Perumahan

MUDA-MUDI kelihatan gigih mendaftar sebagai pemohon rumah berkualiti di kaunter yang disediakan oleh SPEC di sini baru-baru. | Foto: FB Jagdeep Singh Deo

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

DATO KERAMAT - Jawatankuasa Pembersihan dan Peningkatan Mutu Pemilihan Perumahan (SPEC) sehingga bulan Jun tahun lepas merekodkan 50,718 pemohon 'dalam senarai menunggu' untuk membeli kediaman di negeri ini, termasuk 770 unit rumah kos rendah (KSR) dan 1,323 rumah mampu milik (MM) yang akan dibina dekat SP Cheliah kelak.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Sing Deo bagaimanapun berkata, Kerajaan Negeri memberi keutamaan yang lebih kepada mereka yang benar-benar layak, sungguhpun bilangan pemohon perumahan pelbagai katagori kian meningkat belakangan ini.

Penjelasan itu sekaligus menolak dakyah pembangkang Pulau Pinang kononnya pendaftaran pemohon-pemohon berwajib dengan Kerajaan Negeri langsung tidak diproses oleh SPEC.

"Pada tahun 2013, seramai 1,788 pemohon dipilih, manakala, 5,503 pemohon lain ditawarkan (rumah) pada September tahun lepas.

“Saya amat gembira dengan sambutan hangat terhadap projek perumahan mampu milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Jalan SP Chelliah, George Town.

"Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang layak, seperti orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, mereka yang mempunyai masalah kesihatan, mangsa banjir, dan mereka yang terpaksa berpindah keluar kerana pembangunan,” kata Jagdeep yang juga ” jelas Jagdeep yang juga Pengerusi SPEC pada program jelajah Misi Pemilikan Rumah Mampu-Milik Pulau Pinang setempat di sini baru-baru ini.


JAGDEEP Singh Deo menyampaikan ucapan pada program jelajah Misi Pemilikan Rumah Mampu-Milik Pulau Pinang Peringkat KADUN Datuk Keramat di sini baru-baru ini.

Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat memberitahu, SP Cheliah merupakan antara 12 projek perumahan yang utama, demi menyediakan 22,545 unit rumah pelbagai kategori, meliputi kelima-lima daerah di negeri ini.

Sehingga Jun tahun lepas, katanya, 24,399 orang memohon rumah kos rendah (KR) yang berharga RM42,500 seunit, dan 23,580 orang memohon KSR yang berharga RM72,500 seunit.

Jumlah pemohon bagi MM yang berharga RM200,000, RM300,00 dan RM400,000 masing-masing seramai 1,745 orang, 569 orang dan 423 orang.

Program jelajah Misi Pemilikan Rumah Mampu-Milik dianjurkan di tiap-tiap Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) sejak 23 Ogos tahun lepas.

Manakala, SPEC ditubuhkan pada bulan Jun 2013, antara lain demi mempercepat proses pengurusan dan mengagihan semua kategori perumahan pemohon secara adil dan telus.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus