Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN -
Lesen pendudukan sementara (TOL) khusus untuk tujuan keagamaan
diwartakan secara perundangan di Pulau Pinang tidak lama lagi, dengan
kadar bayaran sedia ada tidak akan dinaikkan oleh Kerajaan Negeri
pada masa depan.
Ketua Menteri, Y.A.B.
Tuan Lim Guan Eng berkata demikian, sebagai mengulas isu sebuah
tokong dekat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pengkalan Weld di
sini, yang dikenakan kadar bayaran TOL sebanyak RM2,500 pada tahun
ini, berbanding lebih RM200 sahaja pada tahun lepas.
Menurutnya, isu tersebut
timbul disebabkan tokong tersebut berada atas tanah TOL, yang
berstatus komersial sebelum ini.
"(Kadar baru RM2,500
yang dikenakan ke atas tokong) itu ikut spesifikasi komersial kerana
sebelum ini tidak pernah ada kategori keagamaan untuk TOL.
"Saya telah minta
suatu kategori baru dibuat untuk membolehkan TOL untuk tujuan
keagamaan kekal dengan kadar (bayaran) lama.
"Tunggu sehingga
pewartaan yang baru, barulah bayar ikut kadar lama, (manakala) bagi
yang telah membayar mengikut kadar TOL baru akan dipulangkan dalam
(bentuk) rebet," jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah &
Pembangunan Tanah, Penerangan, Penerangan, Warisan, Kesenian dan Hal
Ehwal Bukan Islam kepada wartawan di sini pada petang tadi.
Penjelasan Guan Eng itu
turut disampaikan secara langsung kepada pihak yang mula-mula
membangkitkan isu tersebut kepada media arus perdana tertentu
baru-baru ini, iaitu Pengurus Tokong Sun Hai Yim Yeong Lian, Ooi Hock
Keong, 54.
Exco Kerajaan Tempatan,
Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow dan Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kota, Lau Keng Ee turut
menyertai siang media tersebut.
Selain itu, Guan Eng
turut menafikan dakwaan pihak tertentu di akhbar mesra pembangkang
Pulau Pinang, kononnya Kerajaan Negeri turut menaikkan cukai tanah di
negeri ini.
"TOL untuk
perindustrian dan komersial sahaja yang naik, tetapi untuk tujuan
keagamaan tak naik.
"Cukai tanah pun,
kita (Kerajaan Negeri) tak naik langsung," tegas Guan Eng yang
juga ADUN Air Putih, sambil mengkritik media arus perdana tertentu
yang didakwa seakan mengelirukan mengelirukan isu pokok sebenar.
Guan Eng bagaimanapun
merakamkan penghargaan kepada pihak yang membangkitkan isu kenaikan
kadar bayaran TOL untuk keagamaan, hingga membolehkan mutu tadbir
urus Kerajaan Negeri terus diperbaiki.
No comments:
Post a Comment