11 February 2015

Anwar MP sekurang-kurangnya 14 hari jika tiada petisyen ampun kepada Agong, kata Guan Eng

ANWAR KEBANGGAAN PULAU PINANG

" Anwar MP sekurang-kurangnya 14 hari jika tiada petisyen ampun kepada Agong, kata Guan Eng "

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Anak jadi Pulau Pinang bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap dikenang sebagai wira demokrasi dalam sejarah moden Malaysia, walaupun dihukum penjara selama lima tahun baru-baru ini atas suatu tuduhan yang beliau sendiri mengaku sebagai konspirasi dan fitnah.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Anwar sekurang-kurangnya masih mempunyai kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam tempoh 14 hari mulai tarikh hukuman jika beliau tidak mengfailkan petisyen pengampunan kepada Agong, sebagaimana dirujuk pada Perlembagaan Persekutuan.

Atas kelayakan itu, katanya, Anwar wajar terus dilihat sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, sekaligus mengetuai Pakatan Rakyat.

"Kerajaan Negeri ingin menyampaikan rasa simpati ke atas ahli keluarganya yang terpaksa menghadapi cabaran, khususnya isteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) serta cucu-cucunya.

"Beliau masih mempunyai kelayakan sebagai Ahli Parlimen dalam tempoh 14 hari mulai semalam (10 Februari 2015), kecuali beliau memohon ampun, maka kena tunggu sehingga prosiding pengampunan dibereskan.

"Saya sendiri biasa dengan proses ini kerana pernah dimangsakan di bawah Akta Hasutan pada tahun 1998, dan apabila saya membuat petisyen pengampunan, saya masih menjadi ahli parlimen hampir setahun (sebelum prosiding dibereskan oleh Yang Dipertuan Negeri Melaka).

"Maka, kelayakan Anwar sebagai Ketua Pembangkang mesti dihormati berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, dan ini keputusan kami di Pulau Pinang," jelas Guan Eng dalam masa sedih di sini baru-baru ini.

Semua Exco Kerajaan Negeri turut menyertai sidang media tersebut.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, penjelasan itu berdasarkan Perkara 48(4) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 48(4)(a) Perlembagaan Persekutuan antara lain menyebut, "kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa apabila habis tempoh empat bekas hari dari tarikh dia (i) disabitkan dan dihukum.

Manakala, Perkara 48(4)(b) Perlembagaan Persekutuan antara lain menyebut, "jika dalam tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam perenggan (a) suatu rayuan atau apa-apa prosiding mahkamah yang lain dibawa berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh rayuan itu atau prosiding mahkamah yang lain itu dibereskan oleh mahkamah."

Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan pula antara lain menyebut, "jika tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh selepas pemberesan rayuan atau prosiding mahkamah yang lain yang dinyatakan dalam perenggan (b) ada difailkan satu petisyen bagi pengampunan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan."

Respons Guan Eng itu sekaligus memadamkan spekulasi di media sosial sebelum ini yang menggambarkan beliau sendiri turut berbincang mengenai calon Ketua Pembangkang yang baru, susulan sabitan ke atas Anwar diumumkan.

Enam tahun perbicaraan kes Anwar difitnah meliwat bekas pembantu peribadinya sebelum disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Persekutuan dekat Putrajaya baru-baru ini, mengingatkan khalayak pada konspirasi serupa dalam peristiwa pemecatan beliau sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1997 dulu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus