KETUA Menteri (atas jentera pengorek) menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Penarafan Jalan Siram, sambil diperhati oleh para pemimpin Kerajaan Negeri di sini baru-baru ini. |
Oleh: ZAINULFAQAR
YAACOB
BAGAN DALAM –
Peleberan Jalan Siram sepanjang 1 kilometer dalam Kawasan Parlimen
Bagan di sini menelan belanja RM8.9 juta dan dijangka siap sepenuhnya
pada 9 April depan merupakan satu lagi rekod komitmen Kerajaan Negeri
dalam meningkatkan mutu infrastruktur kemudahaan asas rakyat di
bandar dan di luar bandar dekat negeri ini.
Ketua Menteri, Y.A.B.
Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata, projek penarafan itu
diharap mampu mengurangkan lagi kesesakan trafik dari persimpangan
Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR) ke Jalan Sungai Nyior hingga
persimpangan Jalan Telaga Air Tawar ke Jalan Raja Uda di sini kelak.
“Kos menaik taraf Jalan
(Siram) berjumlah RM4.29 juta, manakala, kos pengambilan balik tanah
pula berjumlah RM4.4222 juta.
“Ini, sebagai satu lagi
buah projek Kerajaan Negeri yang akan memberikan faedah kepada
penduduk setempat,” jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan
pada Majlis Pecah Tanah Projek Penarafan Sistem Saliran Dan Jalan
Siram di sini baru-baru ini.
Exco Kerja Raya,
Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng, Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Bagan Dalam, A. Thanasekharan, Dato' Abu Jamal Nordin
(Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri), Yang di-Pertua Majlis
Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Dato' Maimunah Mohd. Sharif dan
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang, Ir. Salleh Awang
turut hadir pada majlis tersebut.
Menurut Guan Eng,
Kerajaan Negeri pada tahun ini memperuntukan sejumlah RM32.7 juta
untuk penarafan beberapa jalan berwajib, khususnya enam projek
pembangunan infrastruktur kemudahan asas di bandar dan luar bandar,
yang keseluruhan menelan belanja RM86.3 juta.
“Kita belanja RM32.7
juta pada tahun ini, dan bakinya untuk keseluruhan kos projek
berjumlah RM86.3 juta akan disediakan pada tahun depan,” jelas Guan
Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah,
Penerangan, Penerangan, Warisan, Kesenian dan Hal Ehwal Bukan Islam.
Justeru, katanya,
rancangan pembangunan Kerajaan Negeri pada masa hadapan tersebut
sekaligus akan membawa manfaat kepada para kontraktor Bumiputera yang
berwibawa melalui amalan tender terbuka, sebagaiamana ADZ Prima Sdn.
Bhd. yang dipilih melaksanakan projek penarafan Jalan Siram sejak 9
Mei tahun lepas.
“ADZ Prima Sdn. Bhd.
telah menang secara tender terbuka kerana menawarkan harga paling
baik dan mutu paling baik dengan menyiapkan projek ikut jadual.
“Jangan cakaplah bahawa
kontraktor Bumuputera tidak mampu bersaing dalam tender terbuka,
kerana memang ada kontraktor berwibawa yang mampu dipilih kerana
mereka layak dan ada wibawa,” ujar Guan Eng lagi.
Dalam perkembangan
berkaitan, Guan Eng sebelum ini turut mengumumkan peruntukan RM23.9
juta bagi tahun 2015, untuk penarafan beberapa sistem saliran dan
pengairan, demi mengurangkan risiko bencana banjir di negeri ini kelak.
No comments:
Post a Comment