09 February 2015

PBT turut hadapi kesan berantai GST Pusat, kata Guan Eng

MAIMUNAH MOHD. Sharif (kanan sekali) menjelaskan kepada tetamu yang hadir mengenai pelan pemajuan Penang Science Cafe (PSC) di bangunan Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi di sini baru-baru ini.

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI & ZAINULFAQAR YAACOB

BAGAN DALAM - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini dijangka turut berdepan dengan kesan berantai jika Kerajaan Pusat masih berdegil untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April depan.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, kadar 6 peratus GST sepatutnya tidak dikenakan ke atas Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kerana kedua-dua operasi PBT itu bukanlah berorientasikan perniagaan atau keuntungan.

Justeru, beliau berkata, kenaikkan kos operasi PBT yang hakikatnya berpunca oleh pelaksanaan GST nanti akhirnya terpaksa ditanggung oleh rakyat terbanyak di negeri ini juga.

PBT bukanlah organisasi perniagaan, namun, kita 'dipaksa' mengutip cukai dan bayar kepada pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

MPSP secara kasar membelanjakan lebih RM1.76 juta apabila menjelangnya GST, tetapi, itu tidak termasuk kos perkhidmatan dan pengurusan.

Jika ditambah (susulan pelaksanaan GST), ianya mungkin mencecah RM2 juta,” ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dalam satu sidang media baru-baru ini.

Guan Eng berkata demikian sejurus mengumumkan projek penarafan Dewan Haji Ahmad Badawi dengan membina satu lagi Penang Science Cafe (PSC) di sini.

BANGUNAN Dato' Haji Ahmad Badawi yang bakal dinaiktaraf dan menempatkan Penang Science Cafe (PSC).

Guan Eng turut menggesakan rakyat supaya terus menyuarakan protes kepada Kerajaan Pusat berhubung pelaksanaan GST, kononnya tidak akan membebankan individu yang tidak terlibat dengan aktiviti perniagaan.

(Kadar) tempat letak kereta pun selepas ini mungkin naik, misalnya dari 40 sen setengah jam akan menjadi 42 sen.

Di sini, terbukti dengan jelas jika makan gaji pun anda akan kena cukai GST, bukan peniaga sahaja.

Dalam keadaaan nilai Ringgit (Malaysia) yang lemah, saya amat berharap cukai GST ini dapat ditangguhkan untuk beberapat tahun lagi,” tegas Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

Pada perkembangan lain, Guan Eng turut menempelak Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dilihat gagal menurunkan kadar tarif elektrik ketika syarikat terbabit direkodkan untung sebanyak 35 peratus, dengan suasanaharga minyak mentah dunia kian menurun ketika ini.

Sebelum itu, Yang di-Pertua MPSP, Datuk Maimunah Mohd. Sharif berkata, kemungkinan kadar sewa lot-lot gerai dan pasar akan dinaikkan kelak disebabkan kesan berantai pada pelaksanaan GST.

Banyak perkara akan terlibat tetapi kita tidak boleh dedahkan sehingga laporan diluluskan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” jelasnya.

Kerja-kerja penarafan di sini, antaranya menggantikan struktur kerangka bumbung, penyelenggaraan dewan dan bilik, membaiki penebat bunyi, mengecat semula, penyediaan bekalan air berasingan dan pendawaian elektrik yang baru untuk PSC berkeluasan 275.55 meter persegi, kerja-kerja pelebaran dewan besar seluas 270 meter persegi, dan petambahan keluasan dewan besar seluas 297 meter persegi.

Tender telahpun diiklankan sejak 28 Januari lau sehingga 25 Februari, manakala, kerja-kerja pemajuan dijangkakan bermula pada 30 Mac depan yang mengambil masa empat bulan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus