09 February 2015

MPSP permudah syarat pembesaran premis

(Dari kiri) ZULKIFLI Ibrahim, Rozali Mohamud, Maimunah Mohd. Sharif dan Loh Joo Huat pada sidang media di sini baru-baru ini.

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

SEBERANG JAYA – Pembesaran kilang di bawah 1,000 kaki persegi serta binaan tambahan bagi premis jenis kedai dan rumah di bawah 500 kaki persegi sahaja tidak perlu lagi memohon pelan kebenaran merancang daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif bagaimanapun berkata, langkah itu demi memudahkan pelanggan, khususnya warga Seberang Perai. 

Bagaimanapun, katanya lagi, projek pembesaran premis mestilah berpandukan syarat-syarat yang telahpun ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan.

“Tidak perlu memohon kebenaran merancang lagi, cuma mereka hanya mengemukakan pelan bangunan.

“Namun syaratnya bangunan asal mestilah sebuah premis yang sah dan bukannya tidak sah. 

“Jikalau bangunan asal pun tidak sah, bagaimana MPSP hendak meluluskan penambahan baru,” ujar Maimunah kepada wartawan, selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Bilangan 1/2015 Kali Ke-487) di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Setiausaha Majlis MPPP, Sr. Rozali Mohamud serta dua Ahli Majlis, Loh Joo Huat dan Zulkifli Ibrahim turut menyertai sidang media tersebut.

Tambah Maimunah, projek penambahan dan pembesaran premis mestilah merangkumi pembinaan berbumbung dan terbuka.

“Walaubagaimanapun, penambahan tingkat kepada sesuatu premis dan bangunan masih tidak dibenarkan dan permohonan hanya boleh diluluskan sekali sahaja bagi setiap premis. 

“Jika tidak, pemilik mungkin akan melakukan pembesaran dan penambahan berkali-kali selepas itu,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, MPSP pada bulan Mac 2013 pernah memperkenalkan buku Garis Panduan Tambahan dan Pindaan Kecil Taman Perumahan, yang boleh dibeli dengan harga RM150 sebuah, demi memudahkan proses permohonan mengubah suai premis jenis rumah sahaja. 

Buku panduan itu, antara lain, menyediakan syarat binaan tambahan, kaedah memohon dan menuntut cagaran berwajib RM750, serta format mengisi borang-borang permohonan berkaitan. 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus