09 February 2015

Guan Eng tubuh PSSCC kukuhkan kerjasama pelaburan babit tiga pihak

KETUA Menteri (lima dari kiri) berucap pada Majlis Pelancaran SSO dan CMC di sini baru-baru ini.

Oleh: WATAWAN NATAF ZULKIFLI & ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - PSSCC atau Majlis Perkongsian Perkhidmatan SSO dan CMC Pulau Pinang yang dianggotai oleh wakil Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat dan penggerak-penggerak industri global diharap terus mengembangkan lagi potensi Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan strategik di negeri ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian pada Mesyuarat Pelancaran Perkhidmatan Penyumberan Luar (SSO) dan Industri Kreatif & Multimedia (CMC) di sebuah hotel terkenal di sini baru-baru ini.

“PSSCC ini akan dipengerusikan sendiri oleh Ketua Menteri.

“Usaha kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan, termasuk Pihak Berkuasa Persekutuan dan wakil industri melalui penubuhan Majlis Perkongsian Perkhidmatan SSO dan CMC Pulau Pinang ini dijangka mengukuhkan lagi hubungan serta sokongan antara kerajaan dan peserta industri serta menyokong program negeri, demi rakyat,” jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Menurut Guan Eng, Penasihat Khas kepada Ketua Menteri, Dato' Lee Kah Choon, Ketua Pegawa Eksekutif Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA), Dato' Azman Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Dato' Yasmin Mahmood, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Dato' Rosli Jaafar, Pengurus Besar investPenang, Loo Lee Lian antara nama yang dicadangkan untuk menganggotai PSSCC.

Tidak cukup dengan itu, katanya, dua wakil industri, iaitu Ooi Kok Seng daripada KPMG dan Mark Chang daripada Jobstreet turut dicadangkan ke majlis tertinggi berkaitan pelaburan negeri ini.

Tambah Guan Eng, perkembangan SSO sebenarnya dilihat seiringan dengan Pemprosesan Perniagaan Penyumberan Luar (BPO) dan Penyumberan Luar Teknologi Maklumat (ITO) dunia.

Katanya, sasaran pertumbuhan industri BPO dan ITO global masing-masing adalah sebanyak RM517.9 bilion dan RM898.4 bilion pada tahun 2015. 

Justeru, katanya lagi, pelancaraan PSSCC di negeri ini pun sebenarnya adalah susulan kejayaan formula Kerajaan Negeri dalam menggarapkan pakej 3T atau Bakat (Talent), Teknologi dan Toleransi, yang dilihat telahpun berjaya menggamit lebih banyak pelabur ke negeri ini.

“Industri ini dilihat sesuatu yang mampu menjana gelombang transformasi ekonomi negeri ketiga setelah transformasi pertama berlaku pada 1970 (perindustrian bebas), kedua pada 1980an-1990an (Industri Kecil Sederhana). 

“Potensi Pulau Pinang untuk menarik perniagaan SSO telahpun diiktiraf selama beberapa tahun ini di Pulau Pinang, antaranya syarikat terkemuka yang menyediakan perkhidmatan perkongsian global, seperti First Solar, Citigroup Transaksi Perkhidmatan Malaysia, IHS, Wilmar, Osram dan AirAsia

“Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bersama Temasek Holdings (pada bulan Mei 2014) bernilai RM11.3 bilion serta pembangunan Creative Animation Triggers (CAT) di tengah bandaraya George Town, menjadikan Kerajaan Negeri lebih optimis bahawa SSO dan Industri Kreatif mempunyai masa depan yang baik di sini,” jelas Guan Eng lagi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus