CHONG Eng (enam dari kiri) menyerahkan replika cek sumbangan Kerajaan Negeri berjumlah RM4,000 kepada perwakilan MBHNPP di sini baru-baru ini. |
Oleh:
WATAWA NATAF ZULKIFLI & G. REVATIC
GEORGE TOWN – RM4,000 disumbangkan kepada Majlis Belia Hindu Negeri Pulau Pinang (MBHNPP) untuk kerja-kerja menyediakan serta mengagih makanan di khemah-khemah badan berkenaan di sepanjang Jalan Kebun Bungah, sempena berlangsungnya perayaan Thaipusam di sini baru-baru ini.
Exco Belia &
Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng
berkata, sumbangan Kerajaan Negeri itu untuk menyediakan nasi jenis
'vegeterian' (sayur-sayuran) kepada 2,000 pengunjung mulai jam
6.30 petang pada hari tersebut diharap dapat mengurangkan beban
pengunjung yang hadir.
Katanya
lagi, Kerajaan Negeri senantiasa mengamalkan keterbukaan dengan semua
kaum atas semangat memajukan potensi belia di negeri ini.
“Kerajaan
Negeri melalui bidang tugasan saya (belia) mempelawa MBHNPP untuk
turut serta dalam apa-apa program seperti sukan, riadah dan
sebagainya dalam mengeratkan hubungan serta pembangunan komuniti.
“Selain
itu, Kerajaan Negeri sememangnya tidak pernah bertindak mengabaikan
mana-mana pembangunan kaum khususnya belia, kerana kita sedar belia
merupakan aset kita pada masa hadapan,” ujar Chong Eng yang juga
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang.
Menurut
Chong Eng, pihaknya ada berbincang dengan MBHNPP mengenai isu-isu
berbangkit mengenai komuniti Hindu serta kerjasama berwajib antara
badan tersebut dengan Kerajaan Negeri.
Sebelum itu,
Presiden MBHNPP, N. Mahendran pada sidang media sama melahirkan
harapan agar Kerajaan Negeri lebih memberi perhatian pada
perkembangan belia India di negeri ini, yang didakwa berdepan dengan
pelbagai masalah sosial.
“Peratusan
India di Malaysia adalah sebanyak 10 peratus, malangnya peratusan
India di penjara lebih kurang 37 peratus, sepatutnya jumlah ini
dikurangkan selaras dengan nisbah komuniti,” ujar Mahendran kepada
wartawan.
Pada majlis
tersebut, Chong Eng turut menyerahkan risalah-risalah berwajib
mengenai insiatif Kerajaan Negeri kepada komuniti Tamil di negeri
ini.
No comments:
Post a Comment