09 February 2015

ESTEEM “serampang tiga mata” kembang bakat sumber manusia, kata Guan Eng

SEORANG kanak-kanak sedang gigik mendalami pembelajaran sains dan teknologi kejuruteraan dengan meneroka satu peranti robotik di Pusat Pembelajaran Karpal Singh Pulau Pinang (KSPLC) di sini baru-baru ini.

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF & ZAINULFAQAR YAACOB

SUNGAI PINANG – Langkah Kerajaan Negeri melaksanakan penerapan Sains, Teknologi Kejuruteraan, Bahasa Inggeris dan Matematik (ESTEEM) dalam sistem pendidikan terpilih di negeri ini adalah “serampang tiga mata” demi mengembangkan bakat sumber manusia Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, langkah itu perlu demi memastikan sumber manusia di negeri ini benar-benar boleh memenuhi permintaan pasaran ekonomi global yang kian berubah-ubah serta mencabar pada masa depan.

Kita tidak mempunyai sumber asli, tetapi, hanya sumber manusia.

Justeru, perlu dipastikan sistem pendidikan ini mempunyai apa yang diperlukan dalam menghadapi cabaran global dan perubahan permintaan pasaran kini.

Kita (Kerajaan Negeri) menyediakan pembiayaan tahunan kepada semua sekolah-sekolah vernakular dan separuh agama.

Kedua, penubuhan Pusat Pembelajaran yang mengguna pakai konsep STEM (Pengajaran Sains, Teknologi, Bahasa Inggeris dan Matematik).

Yang terakhir usaha menarik universiti bertaraf dunia serta mengguna pakai sistem sekolah Vokasional Jerman ke dalam syarikat-syarikat antarabangsa dengan harapan agar Pulau Pinang menjadi negeri pertama menjalankannya (sistem Sekolah Vokasional Jerman),” jelas Guan Eng pada Majlis Pembukaan Rasmi Pusat Pengajaran Karpal Singh Pulau Pinang (KSPLC) di sini baru-baru ini.

PUSAT Pembelajaran Karpal Singh Pulau Pinang (KSPLC) yang siap dibina.

Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng, Ramkarpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N. Rayer.

Dalam perkembangan sama, Kerajaan Negeri turut menubuhkan Kluster Sains Pulau Pinang (PCC) di Wisma Yeap Chor Ee dekat George Town, untuk tujuan pameran ciptaan saintifik tempatan.

Di wisma tersebut, Kafe Sains Pulau Pinang yang terbesar di negeri ini turut diwujudkan, untuk pengajian formal mengenai bidang robotik.

Kira-kira RM4 juta diperuntukkan oleh ECM Libra Foundation bagi membangunkan pusat tersebut di atas tanah sebidang tanah berkeluasan 2.63 ekar dalam Kawasan Parlimen Bukit Gelugor, model perkongsian awam swasta (PPP).

Manakala, Pusat Pembelajaran Karpal Singh Pulau Pinang (KSPLC) yang telahpun siap dibina di Kawasan Parlimen Bukit Gelugor di sini pula untuk tujuan meningkatkan keupayaan pembelajaran ESTEEM serta bidang robotik di kalangan generasi muda, ke arah melahirkan sumber manusia berbakat pada masa depan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus