17 February 2015

Calon 'lembu gila' Tok Pa

Foto: Sekadar Hiasan
CERITA pemergian Tok Guru sedikit-banyaknya berbekas dalam hatinya. Tok Guru semua benda berkaitan asabiah disebut-sebut dalam dewan, sampai bernanah telinga. Apabila telah pergi orang tua itu, tak ada sesiapa lagi akan mengusiknya.

“Selepas Tok Guru gemulah (kembali ke rahmatuLlah), zuhud Tok Pa akan nampak juga,” kata Tok Him mengusik pada sidang media itu.

Dia tahu kawannya, Tok Pa masih acuh tidak acuh untuk meletakkan ayam tambatan parti asabiah di kubu kuat parti jenama Islam di Champakah. Lagipun, kerja buat Tok Pa kalau tersalah langkah, akan membunuh sentimen perpaduan di antara dua parti Islam dan Melayu.

“Kalau Tok sendiri yang bertanding, macam mana?” cuit seorang wartawan Bernama.

Tok Him menggaru-garu tetek sebelah kirinya. Dia tergelak besar. “Saya bekas Ahli Parlimen (Pasir Perak) dan saya lebih minat bertanding di Parlimen, kalau boleh Jeli nanti.”

Semua wartawan gelak besar, serentak Tok Him.

Sambil-sambil sibuk Tok Pa menyampaikan sumbangan banjir daripada badan-badan korporat kepada Tok Nngulu, ada wartawan mencuit, mereka bertanya hal tiada calon Petrajaya di Champakah.

“Betul ke dia (Tok Him) kata macam itu? Bila dia kata macam itu?” dalih Tok Pa. Dia tahu qasad lembu liar itu untuk bertanding di DUN berkenaan. “Ada beberapa proses yang saya nak jelaskan, (termasuk) mengadakan pertemuan dengan parti peringkat bahagian.”

“Bagaimana dengan Tok Him?” celah wartawan lagi, atas alasan ahli politik veteran itu pun asal-usulnya dari parti asabiah.

Tok Pa buat-buat tak dengar. Dia sendiri sakit hati apabila membaca cemuhan hanyir Tok Him ke atas Tok Guru di facebook. Akhirnya, diapun mula bercakap mengenai kerjasama Kerajaan Pusat dan Negeri dalam memulihkan semula kawasan bencana, sampai ditanya soal yang sama daripada seorang wartawan yang lain.

“Saya sendiri akan membawa nama Tok Him, walaupun saya tahu parti asabiah memang susah nak terima lembu gila sebagai calon.” Tok Pa senyum. Dia ketawa kecil sahaja, sebab dia zuhud, kurang sedikit sahaja daripada Tok Guru.


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus