INILAH Aqilah Satira Mohd. Yusof, wanita srikandi yang gigih merealisasikan falsafah kerinduannya kepada Tuhan dan Rasul-Nya, agar melimpah kasih sayang sesama manusia di maya pada ini. |
BAGI yang berkunjung ke Gedung Tesco Extra dekat Seberang Jaya pada
sebelah malam hari Jumaat hingga Ahad, tentu mereka terdorong melihat
koreografi damai sekumpulan kanak-kanak, bersulam bait lagu indah
belaka.
Semuanya
secara percuma, hiburan sederhana yang sarat dengan pengajaran, yang
kadang-kadang menggamit rasa rindu kepada Allah dan Rasul.
Sehinggakan
ada yang bertanya, siapa mereka? Apa sebenarnya dilakukan oleh mereka
ini?
FOTOJURNALIS Zainulfaqar Yaacob. |
Beliau
tak lain tak bukan adalah Puan Aqilah Satira Mohd. Yusof, 47, wanita
kental dan ibu kepada sembilan anak.
"Ini,
kita panggil tarian sufi moden, semua yang terlibat di atas pentas
ini adalah anak-anak terpilih dari rumah pelindungan Pusat Jagaan
Kasih Abadi yang dibimbing oleh remaja dari Akademi Generasi Harapan.
"Tarian
Sufi Moden ini membawa mesej hiburan yang memujuk kita semua untuk
mencintai Allah dan merindui Rasul-Nya, melalui lagu-lagu teladan
daripada terjemahan suatu suci Al-Quran, hadith, kisah-kisah sahabat
dan sebagainya," ujar beliau semasa ditemui di gedung
membeli-belah berkenaan.
Difahamkan,
semasa itu, Aqilah Satira sedang mengikuti dari dekat rehearsal
persembahan anak-anak terpilih berkenaan untuk Karnival Maulidur
Rasul 1436H di gedung berkenaan yang dijadual bermula pada 12
Rabiuawwal bersamaan 3 Januari 2015.
SEPENUH
MASA DAKWAH
Tahu
tidak tahu, Aqilah Satira merupakan seorang graduan dari University
of Essex, England daripada tahun 1988 hingga 1991, dalam bidang
T.E.S.L atau Teaching of English as a Second Language.
Sejak
di luar negara lagi, wanita kental berkenaan berjinak-jinak dengan
pergerakan dakwah dalam dunia pendidikan kanak-kanak.
Sekembalinya
ke tanah air, beliau sempat menjadi guru Bahasa Inggeris, sebelum
mengambil keputusan untuk terjun sepenuh masa dalam pergerakan amal
serta dakwah, sebagaimana dilihat di Pusat Jagaan Kasih Abadi yang
ada pada hari ini.
Baginya,
beliau mahu membawa kelainan pada Pusat Jagaan Kasih Abadi, dengan
memberi penumpuan pada pendidikan hati atau rohani.
"Pusat
Jagaan Kasih Abadi ini sangat mementingkan pendidikan hati atau
rohani dalam tempoh 24 jam, kerana rohani yang disirami rasa yang
kuat dengan Allah dan Rasul akan melahirkan keperibadian yang agung.
Ia bermula dengan sembahyang yang dihayati. Sembahyang untuk
membesarkan dan meng-agungkan Allah. Ini ditanam dalam jiwa
anak-anakPJKA sejak mereka kecil lagi.
"Yang
paling penting adalah hati kerana hati yang bersih akan mendorong
pembentukan rohani, jasmani, emosi dan mental yang baik," jelas
Aqilah Satira.
Katanya,
Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda yang bermaksud, "Ketahuilah
bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik
maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah
seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati." [Hadis sahih
riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim]
Setakat
ini, katanya, seramai 18 kanak-kanak terpilih yang menghuni Pusat
Jagaan Kasih Abadi berusia antara enam tahun hingga 12 tahun.
Setiap
hari apabila pulang dari Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh, mereka
ini menerima pembelaan, kasih sayang dan didikan yang berterusan dari
tim penjaga yang berjiwa muroqib.
"Bukan
tak baik institusi pendidikan hari ini tapi yang terlalu diberi fokus
hanya lah pada akal seperti pencapaian akademik semata-mata,
sedangkan bagaimana dengan didikan rohani?
"Kita
lihat dunia barat yang membangun maju, tetapi nilai insaniah mereka
hancur bukan?
"Islam
memberi jalan keluar keluar iaitu membangunlah tetapi sertailah
dengan keimanan iaitu rasa takutkan Allah dan rindukan Rasul,
insyaAllah lahirlah tamadun manusia yang selamat dan menyelamatkan
orang lain.
"Jadi,
hati ini mesti dihidupkan dengan perasaan takut dan cintakan Allah
serta rindukan Nabi, barulah akan wujud kasih sayang sesama manusia.
"Sebagai
contoh, solat.Semua kita (umat Islam) solat, tetapi, tak semua
merindui Allah dalam solatnya dan di luar solatnya.
"Islam
agama kasih sayang, maka hati ini mesti dipagar dengan takut dan
cintakan Allah serta rindukan Nabi , barulah lahir kasih sayang
sejati sesama manusia," jelas Aqilah Satira, semasa diminta
menjelaskan falsafah pendidikan yang cuba diterapkan di Rumah Jagaan
Kasih Abadi.
Tambah
beliau, banyak pihak sebenarnya menyokong usaha amal ini.
"Alhamdulillah,
banyak pihak membantu...macam Pusat Jagaan Kasih Abadi sendiri yang
tiap-tiap bulan memerlukan kira-kira RM10,050 untuk sewa rumah,
keperluan sekolah anak-anak, utiliti, makan minum dan kebajikan tiga
staf. Mereka dididik untuk meminta kepada Allah, maka ada sahaja hati
yang tampil menyumbang," jelas beliau.
DUNIA
KORPORAT
Menurut
Aqilah Satira, Rumah Pusat Jaaan Kasih Abadi merupakan salah satu
projek amal di bawah GISB Holdings Sdn Bhd.
Selain
mengurus pusat pelindungan tersebut, beliau juga mengurus kilang
memproses ayam Ikhwan di Seberang Perai Utara.
"Kilang
ayam Ikhwan adalah salah sebuah kilang di bawah GISBH yang sangat
menitik beratkan hal taharah (kesucian) sumber makanan yang dimakan
oleh kita tiap-tiap hari.
"Saya
sebenarnya salah seorang tim pengurusan kilang memproses ayam Ikhwan
di Lahar Yooi atas nama (syarikat) Cahaya NM Sdn Bhd.
"Selain
kilang memproses ayam, GIHSB ini turut mempunyai rangkaian kafe di
tiap-tiap negeri di Malaysia dan juga di luar negara, seperti di
Manchester (United Kingdom), Frankfurt di Jerman, Istanbul (Turki)
dan di beberapa negara dekat Timur Tengah dan Asia Tenggara.
"Ramai
orang yang hendakkan Islam akan ke masjid, tetapi, kita cuba membawa
kongsikan keindahan Islam di luar masjid sepert di gedung membeli
belah ini, di kilang kita, ke Rumah Jagaan Kasih Abadi dan di
restoran-restoran yang dibuka di tanah air dan luar negara,"
jelas Aqilah Satira lagi.
HARAPAN
Aqilah
Satira merakamkan penghargaan kepada Cik Hajar dari pihak Tesco
Seberang Jaya di atas peluang yang mereka berikan sehingga berlaku
kerjasama indah atas nama Program Masyarakat Penyayang untuk membawa
anggota masyarakat samada korporat atau individu untuk lebih prihatin
lagi dengan tanggungjawab sosial masing-masing terhadap program amal
yang dilakukan melalui Pusat Jagaan Kasih Abadi.
Beliau
turut melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana GISBH turut ditaja
satu booth pameran oleh Pejabat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang
atas nama Usahawan pada Penang International HALAL Expo &
Conference 2015 (PIHEC) yang dijadual selama tiga hari mulai 30
Januari ini di Penang International Convention and Exhibition (SPICE)
dekat Bayan Baru.
"Insya-Allah,
kita akan menyertai PIHEC untuk mempromosi produk halal lagi suci
jenama Ikhwan ini.
"Hati
yang cintakan Allah dan rindukan Rasul-Nya, akan melimpah kasih
sayang sesama insan," jelas Aqilah Satira.
__________________
Zakat
atau Sumbangan Cek bolehlah atas nama Pusat Jagaaan Kasih Abadi
melalui akaun 557447501562 (Maybank) atau 105600008488 (Affin Bank).
Info lanjut, Aqilah Satira Mohd. Yusof melalui whatsapp 0132639029.
No comments:
Post a Comment