26 January 2015

Pilihan raya PBT boleh cetus 13 Mei cakap-cakap kacang hantu sebenarnya

TUAN Guru Abdul Hadi Awang disanjung hingga kini kerana keilmuannya, serta perlawanan politik beliau dengan rejim Umno pada era 1980-an dulu.

ENAKMEN Pilihan Raya Kerajaan Tempatan bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai diluluskan dalam DUN Pulau Pinang pada 10 September 2012.

Selain enakmen itu, Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang wajar mempertikai banyak lagi enakmen kalau ya atas sangkaan tanpa asas (waham) beliau kononnya "boleh mencetus tragedi 13 Mei".

Enakmen Kebebasan Maklumat diluluskan pada 25 Ogos 2011 di DUN Selangor, iaitu semasa Tan Sri Khalid Ibrahim masih menjadi menteri besar.

Pulau Pinang mengikuti langkah Selangor dengan mewartakan enakmen serupa pada 2 Februari 2012.

Tetapi, Abdul Hadi tidak mempertikai dua enakmen tersebut, atas dalih tidak kedua-dua enakmen tersebut tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR).

Semalam, ada seorang AJK PAS Pulau Pinang cuba memberikan logik yang lain, iaitu Abdul Hadi bertindak sedemikian sebagai reaksi pada sebagai reaksi pada ketegasan DAP menolak iltizam politik parti Islam berkenaan untuk merealisasikan pelaksanaan Hudud di Kelantan, sebelum ini.

Saya berkata, kenapa tidak dilaksanakan dahulu "hisbah" kerana Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor masing-masing pasca tahun 2008 lagi telah melaksanakan "hisbah".

Memang PAS yang mempopularkan sistem hisbah, tetapi, hingga kini tidak dilaksanakan di negeri Kelantan yang didominasi oleh parti Islam berkenaan sejak tahun 1990.

Mungkin kerana itu, hisbah tidak pernah dibincangkan dalam MPPR.

Pun begitu, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) ada di Selangor.

Manakala, Jawatankuasa Bebas Cekap, Akauntebel dan Telus (CAT) ada di Pulau Pinang, dengan ganjaran kepada saksi yang berjaya membongkar penyelewengan kuasa dalam Kerajaan Negeri.

Mengikut rekod, sehingga hari ini, hanya seorang sahaja yang menerima Anugerah Integriti iaitu mantan Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, YAA Datuk Yusof Musa yang berjaya membongkar penyelewengan seorang kakitangan Mahkamah Syariah melibatkan sejumlah wang RM500,000.

Kenapa Abdul Hadi tak pertikai SELCAT dan CAT sungguhpun bukan ada konsesus Pakatan Rakyat pun berhubung projek integriti tersebut.

Saya diberitahu, Kerajaan Kelantan bukan tidak mahu melaksanakan sistem hisbah, terutama pasca bencana 'bah merah' yang dikatakan membongkar aktiviti pembalakan luar biasa di negeri jolokan 'Serambi Makkah'.

Kerajaan Kelantan ada "maslahah" yang lain untuk tidak melaksanakan hisbah, antaranya, kerana untuk menyelamatkan rumah tangga mereka yang berpoligami secara senyap-senyap.

Kalau wakil rakyat di Kelantan melalui proses hisbah, maka, mereka perlu mengisytiharkan harta masing-masing, dan ini mempu mendedah amalam poligami mereka yang sebenarnya murni di sini syarak.

Dari segi yang lain, pendapatan Abdul Hadi yang menyebut Pilihan raya Kerajaan Tempatan di Pulau Pinang boleh mencetus Tragedi 13 Mei 1969 sekaligus telahpun mengalih perhatian rakyat kepada dua isu utama negara belakangan ini.

Pertama, idea penubuhan jawatankuasa siasatan aktiviti pembalakan di Kelantan pasca banjir.

Kedua, skandal hutang 1MDB berjumlah RM49.1 bilion yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketiga, skandal Altantuyaa ekoran pemburuan salah seorang suspeknya di Australia.

Bilik Operasi Kerajaan Perpaduan (UG) pun bukan tidak hebat, kerana mereka menimba pengalaman daripada gaya propaganda PAS dahulu, dan kemungkinan menerima nasihat politik Umno kini.

Kalau cakap-cakap Abdul Hadi ini ternyata menenggelam tiga isu utama seperti di atas, apa lagi yang boleh kita kata?

Pilihan raya PBT boleh cetus 13 Mei cakap-cakap kacang hantu sebenarnya.

Setuju?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus