26 January 2015

Pilihan raya Kerajaan Tempatan terakhir lima tahun sebelum 13 Mei, SAMM cabar Hadi diskusi terbuka


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pengeseran dalaman Umno untuk menjatuhkan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman merupakan salah satu faktor mencetus Tragedi 13 Mei 1969 dan bukan ekoran pilihan raya Kerajaan Tempatan di Kuala Lumpur semasa itu, respons Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak dakyah terbaru Presiden Pas Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi dipertikai kerana menyebarkan dakyah kononnya pilihan raya kerajaan tempatan yang mahu dilaksanakan semula di Pulau Pinang boleh mencetus tragedi 13 Mei.

Justeru, Penyelaras SAMM Melaka, Mohammad Akram Ahmad mencabar Abdul Hadi atas bersemuka atas satu pentas bagi mengekalkan mengenai perkara berbangkit tersebut.

"Faktor pergeseran dalam Umno itu sendiri yang ingin menjatuhkan Tunku Abdul Rahman.

"Pilihan raya Kerajaan Tempatan menjadi punca 13 Mei ataupun 13 Mei berlaku kerana demokrasi telah dipadamkan," ujar Muhammad Akram di laman sosial facebook tadi.

Kali terakhir pilihan raya Kerajaan Tempatan diadakan pada tahun 1964, iaitu lima tahun sebelum peristiwa perbalahan kaum 13 Mei 1969.

"Jadi, di mana logika Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam melemparkan tanggapan pilihan raya Kerajaan Tempatan akan mengulangi (tragedi) 13 Mei," tanya beliau lagi.

SAMM merupakan NGO politik yang diadakan oleh "cheGuBard" atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus