13 January 2015

Pesawah rujuk PasMa bencana 'bena perang' di Penaga


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KEPALA BATAS - Kunjungan hormat anggota Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) bertemu Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng semalam turut menarik perhatian komuniti pesawah di Kampung Pematang Kampung Tok Brain dekat kawasan DUN Penaga tengah hari tadi di sini.

Pesawah, Aurus Wahab, 55, dalam reaksi spontan menunjukkan beberapa petak yang dilanda bencana 'bena perang' berpanjangan sejak sebulan lepas.

"Padi jadi reput dan tumbang musnah tak jadi hasil (beras) ini virus 'bena perang'.

"Virus 'bena perang' boleh berjangkit dalam dua hari saja, dibawa angin jika tidak diracun segera.

"Rugi memang rugi teruk, kalau boleh ada bantuan modal untuk bajak semula kawasan bencana dan benih untuk tanam semula," ujar Aurus yang juga anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti(JKKK) Kota Aur di sini.

Bendahari PasMa Pulau Pinang, Tuan Haji Johari Omar turut menyertai tinjauan kawasan pertanian yang dilanda bencana tersebut.

Difahamkan, kawasan tanaman padi pada musim ini turut dilanda bencana lain, seperti virus 'LB' dan ulat matang.

Difahamkan, seekar memerlukan empat kampit benih padi 20 kilogram, yang harga sekitar RM130 sekampit.

Sementara itu, "Man" atau nama sebenarnya Zulkifli Mat Saat, 50, berkata, hasil sawah rata-rata pesawah di sini turut terjejas disebabkan amalan pengilang 'potongan bayaran' 18 hingga 20 peratus daripada hasil timbang padi.
"Seekar petak sawah boleh dapat empat tan pagi, tapi bayaran mungkin berkurangan selepas 'potongan'.

"Memang ada main harga macam kilang swasta 'potongan' sampai 20 peratus, BERNAS 19 peratus," kata Zulkifli yang juga Ketua Kelompok Pesawah Kampung Permatang Tok Brain.

Justeru, beliau turut mengalu-alukan Kerajaan Negeri serta Jabatan Pertanian turut melihat kawasan bencana.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus