ANTARA penerima yang hadir pada Majlis Bayaran Saguhati Pengurusan Qaryah 2014 di sini baru-baru ini. |
Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
BERTAM
- Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP),
Datuk Mohd. Salleh Man berkata, peranan sebenar Jawatankuasa Kariah
antaranya termasuk menyalurkan maklumat anak-anak qaryah yang layak
dipertimbang untuk menerima bantuan asnaf daripada Zakat Pulau Pinang
(ZPP).
Justeru,
katanya lagi, mereka yang dilantik wajar lebih prihatin dengan
perihal kebajikan anak-anak kariah sama ada yang sering berkunjung ke
masjid atau sebaliknya.
"Kadang-kadang
ada anak kariah yang layak mendapat bantuan zakat, tetapi maklumat
mereka ini tidak sampai kepada kita (ZPP) kerana jarang nampak
(bersolat jamaah) di masjid.
"Sebab
itu, kita sebut Jawatankuasa Kariah, kita tak sebut Jawatankuasa
Masjid sebab banyak perkara sepatutnya dimainkan oleh jawatankuasa
ini meliputi tiap-tiap anak qaryah, bukan hanya meliputi mereka yang
datang ke masjid sahaja," kata Mohd. Salleh pada Majlis Bayaran
Saguhati Pengurusan Qaryah 2014 di sini baru-baru ini.
Timbalan Yang
di Pertua MAINPP, Datuk Abdul Halim Hussain dan Ustaz Rosidi Hussain
(Pengeurusi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid & Hal Ehwal
Kariah MAINPPP) turut berucap pada majlis tersebut.
Mohd. Salleh
yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir
menyampaikan bayaran saguhati daripada sumber zakat kepada 791
penerima dari 207 kariah, yang keseluruhannya berjumlah RM395,200.
Difahamkan,
penerima terdiri oleh pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha dan
bendahari bagi tiap-tiap jawatankuasa kariah yang dilantik.
Sebelum itu,
Rosidi memberitahu bahawa jawatankuasanya akan menguruskan proses
melanjutkan tempoh pelantikan Jawatankuasa Kariah yang sepatutnya
pada bulan Jun tahun ini ke April 2016.
No comments:
Post a Comment