15 January 2015

KN 'fasilitator' isu setinggan Jalan Pantai - Exco Kebajikan


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAGAN JERMAL - 100 pemilik pelbagai jenis premis setinggan dalam sebuah kampung dekat Jalan Pantai di sini telahpun bersetuju menerima pampasan antara RM8,000 hingga RM40,000 yang ditawarkan oleh pemaju, manakala, rundingan berwajib masih dilakukan dengan 40 pihak lain hingga kini.

Itu, tidak termasuk pampasan berjumlah RM75,000 yang dibayar kepada pemilik premis setinggan Restoran Ban Long San di sini.

Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata Kerajaan Negeri akan bertindak sebagai perantara memandangkan isu setinggan tersebut sebenarnya membabitkan penduduk asal dan tuan tanah serta pemaju.

"Mereka (penduduk setinggan) boleh tuntut apa pun kerana ini antara mereka dengan pemaju dan tuan tanah, tetapi biarlah munasabah untuk semua pihak.

"Kerajaan Negeri sebagai fasilitator untuk semua pihak berdiri sama tinggi dan duduk sana rendah," ujar Boon Poh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu kepada wartawan, pada pagi tadi.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) hanya akan meluluskan permohonan Pelan Kebenaran Merancang apabila rundingan melibatkan penduduk setinggan, pemaju dan tuan tanah disahkan selesai.

Sebelum itu, Pengarah Urusan Tah Wah Group, Dato' Hong Yeam Wah berkata, pihaknya masih membuka pintu rundingan untuk baki 40 pemilik premis setinggan di sini menuntut pampasan yang munasabah, di bawah jumlah siling RM50,000.

"Kita pun (Tah Wah Group) tidak buat permohonan (Pelan Perancangan Pembangunan) untuk projek di sini kerana ia  tidak akan diluluskan sehingga rundingan dengan 40 (pemilik premis setinggan) di sini selesai.

"Tuntutan pampasan di bawah RM50,000 boleh kita teruskan rundingan secara bersama sejak dua tahun lepas hingga sedikit tempoh pada masa depan," kata Yeam Wah.

Bagaimanapun, Yeam Wah berkata, pihaknya dalam tempoh dua tahun ini akan memajukan projek rumah lima tingkat kos rendah berharga RM42,500 di Lorong 3 Kepala Batas, yang mungkin penduduk asal di sini berminat untuk membeli premis tersebut kelak.

"Ada lebih 100 unit rumah kos rendah berdekatan kawasan bandar Kepala Batas untuk mereka yang berminat.

"Tetapi, memang tidak ada tuntutan (pampasan dalam bentuk) rumah ganti rumah kerana bayaran dibuat dalam tunai sahaja," ujar Yeam Wah.

Difahamkan, Tah Wah Asset dan satu pemaju lain, Magnum Development Sdn. Bhd. terbabit memajukan projek pembangunan masing-masing di atas tanah tersebut, berkeluasan 10 ekar di sini.

Ketuanpunyaan asal tanah itu dikatakan milik Tuan Haji Salleh Datuk Awang dan "Haji Ismail", sebelum jatuh ke tangan seorang "Ceti" kemudiannya.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus