28 January 2015

Fadhil Noor gagas 'bahtera perjuangan', Hadi mungkin ada bahtera lain yang baru

Utusan seakan dah jadi lidah rasmi Umno dan UG.

Akhirnya Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri digambarkan menebok bahtera Pakatan Rakyat apabila Presiden PAS itu mengusir ahli parti yang berbeza pendapat dengannya serta mereka yang menyertai PasMa supaya meninggalkan jamaah Islam.

Ini bukan sifat Islamik. Dakwah Islam patut mengajak umat serta rakyat berpadu menentang rejim.

Itu, yang dilakukan oleh Al Marhum Datuk Fadhil Mohd Noor dengan membuka lebih luas jamaah Islam PAS kepada semua rakyat Malaysia.

Fadhil, dalam liqa' di Padang Benggali Butterworth para era Reformasi 1999ditanya, "untuk apa PAS bersama-sama arus reformasi sedangkan telah lama jamaah Islam PAS menentang toghut Umno dan rejim Mahathir sebelum ini."

Bagi mereka, ijtihad politik Fadhil Noor ini membuka tabiat organisasi hatta menggamit penyertaan profesional menyertai PAS adalah sesuatu yang menyimpang daripada tujuan jamaah Islam.

"Tujuan kita bukan setakat memimpin ahli parti saja, bahkan perlu sampai pimpin Malaysia dengan kerja buat sekarang ini," respons Fadhil Noor dalam liqa' itu.

Ini 'bahtera perjuangan' yang digagaskan oleh PAS, iaitu memimpin kebangkitan rakyat terbanyak menumbangkan Umno BN melalui proses pilihan raya.

Apabila melihat kelaku luar biasa Abdul Hadi yang seakan menjadi perkakas Umno untuk memecahkan 'bahtera perjuangan' PAS dengan Pakatan Rakyat belakangan ini, padanlah banyak pemimpin utama jamaah yang sezaman dengan Fadhil Noor pun mula buka mulut.

Hadi mungkin ada bahtera lain yang baru.

Sebab itu, penyokong Abdul Hadi seakan gigih menebok bahtera Pakatan Rakyat agar 'bahtera perjuangan' PAS pun akan karam seperti di Terengganu dan Kedah dulu.

Setuju?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus