20 January 2015

Exco, Ketua Polis Daerah lawat kanak-kanak mangsa dera

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Mangsa penderaan terbaru membabitkan kanak-kanak perempuan  berusia tujuh tahun di Butterworth kemungkinan akan melalui rawatan pemulihan yang panjang di Hospital Seberang Jaya, dengan pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Demikian kata Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin (gambar) semasa mengadakan melawat kanak-kanak terbabit, yang dikatakan menjadi mangsa penderaan ayahnya sendiri.

"Saya dimaklumkan kanak-kanak ini sudah boleh menjamah makanan mudah hadam.

"Sekarang, doktor yang merawatnya sedang memberi tumpuan pada memulihkan semula bukan sahaja keadaan fizikalnya, malah, mental dan emosi beliau selepas pengalaman yang sukar ini.

"Saya melihat keadaannya semakin stabil, tetapi kita pun tak tahu tempoh sepanjang mana terbaik untuk kanak-kanak ini semakin pulih," ujar Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya di sini, petang semalam.

Katanya lagi, kes ini memberi pengajaran kepada semua pripenting masyarakat serta guru-guru mengambil peduli hal kanak-kanak yang dekat dengan kehidupan mereka masing-masing.

"Inilah pentingnya peranan guru-guru dan masyarakat dalam bekerjasama dengan polis agar kes penderaan cepat ditangani bersama," jelas beliau lagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim bersama-sama badan kebajikan polis negeri  turut menyertai lawatan tersebut. 

Hadir sama, bekas Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Abdul Jalil Che Ros.

Pada sidang media berasingan, Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan bahawa kanak-kanak berkenaan menerima penderaan ayah kandungnya di sebuah rumah flat di sini sejak bulan November tahun lepas lagi.

"Kita masih menunggu laporan perubatan rasmi, hasil siasatan kita dengan bantuan guru dan jiran-jiran, kita percaya kanak-kanak ini didera oleh ayah kandungnya sendiri yang kini masih kita jejaki.

"Berat mangsa sekarang sudah meningkat ke 10 kilogram, berdasarkan keadaan fizikal dengan saiz dan berat badannya lapan kilogram sebelum ini, kita percaya kanak-kanak ini dikurung tanpa makan dan minum yang sempurna sejak dua bulan lepas," jelas beliau kepada wartawan.

Tambah beliau, ibu tiri kepada mangsa dera masih ditahan untuk membantu siasatan polis.

Walaupun kanak-kanak berkenaan sudah boleh menjamah makanan mudah hadam, katanya, kemungkinan mangsa masih trauma dikurung dalam rumah yang langsung tidak dilengkapi bekalan air dan elektrik.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus