08 December 2014

Taman Sungai Duri Permai terbersih di Seberang Perai!

MANSOR Othman (dua dari kiri) menjulang tangan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sungai Duri Permai, Mohamad Hassan Osman (empat dari kiri) yang menjuarai Pertandingan Taman Bersih MPSP 2014, sambil diiringi oleh Maimunah Mohd. Sharif (paling kiri), Rosnani Mahmod (tiga dari kiri) dan Zulkifli Ibrahim di sini pada Sabtu lepas. 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

JAWI - Taman Sungai Duri Permai di sini dipilih sebagai taman terbersih dalam Pertandingan Taman Bersih 2014, anjuran Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

MANSOR Othman.
Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman berkata, pencapaian itu sekaligus akan terus mengubah tanggapan awam kononnya komuniti Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) seakan ketinggalan daripada arus pembangunan negeri.

"Kejayaan ini kerana kerjasama yang kuat dalam komuniti sekarang, dengan komitmen yang tidak berbelah-bahagi daripada MPSP sendiri.

"Sekarang...Sungai Duri Permai dari Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) sudah menjadi juara mendahului kawasan-kawasan parlimen lain (di Seberang Perai)," ujar Mansor yang juga Pengarah YIPP dalam Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Taman Bersih 2014 di sini, Sabtu lepas.

(Dari kiri) WAKIL Surau Taman Sungai Duri Permai, Maimunah Mohd. Sharif, Mansor Othman, Rosnani Mahmod, Zulkifli Ibrahim dan Loh Joo Huat di pentas utama majlis di sini.

Yang di-Pertua MPSP, Datuk Maimunah Mohd. Sharif turut berucap pada majlis tersebut.

Hadir sama, tiga Ahli Majlis MPSP, Zulkifli Ibrahim, Loh Joo Huat dan H’ng Mooi Lye, serta Ketua Pegawai Ekekutif Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) Anuar Abd. Hamid, Ir. Rosnani Mahmod (Pengarah Perkhidmatan Perbandaran MPSP) dan wakil Surau Taman Sungai Duri Permai.

Sebelum itu, Maimunah memberitahu, pertandingan buat julung kali diadakan ini disertai tujuh taman mewakili semua parlimen sekitar Seberang Perai.

Taman yang dimaksudkan, Taman Bertam Putra dekat Seksyen 5 mewakili Parlimen Kepala Batas, Taman Desa Murni Fasa Empat (Tasek Gelugor), Taman Riang (Bagan), Taman Mengkuang Indah (Permatang Pauh), Taman Jernih (Bukit Mertajam), Taman Bukit Minyak Indah (Batu Kawan) dan Taman Sungai Duri Permai (Nibong Tebal).

"(Penganjurkan pertandingan) kita bermula daripada kecil, tetapi sasaran kita sangat besar, seperti Pertandingan Sekolah Hijau disertai 35 sekolah sahaja semasa mula dianjurkan dan kini sudah disertai 105 sekolah rendah dan menengah," ujar Maimunah.

MANSOR Othman (enam dari kiri) diiringi Maimunah Mohd. Sharif (lima dari kiri) serta dif lain bergambar kenang-kenangan dengan wakil persatuan penduduk yang memenangi Pertandingan Taman Bersih MPSP 2014 di sini, Sabtu lepas.
MANSOR Othman (berbaju biru) diiringi Maimunah mengikuti pameran Anugerah Taman Bersih MPSP 2014 di sini.
Maimunah berkata, pertandingan tersebut ke arah sasaran MPSP meminimumkan kekerapan kutipan sisa pepajal di kawasan kediaman pada dua kali seminggu, seperti di kebanyakan bandar pintar peringkat dunia.

Dalam perkembangan lain, Maimunah turut mengulas mengenai komitmen Kerajaan Negeri mempertimbang cadangan mewujudkan satu undang-undnag kecil berupa enakmen susulan syor Kerajaan Pusat untuk melaksanakan pemisahan berwajib sisa pepejal secara berperingkat mulai bulan September tahun depan.

"Kita di Pulau Pinang sejak tahun lepas lagi sudah menjurus ke arah itu, tetapi, pengasingan berwajib sisa pepejal ini memang boleh buat dengan kerjasama penduduk," jelas Maimunah lagi.

Mohamad Amir Osman.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sungai Duri Permai, Mohamad Amir Osman, 36, berkata, jawatankuasanya akan berbincang mengenai cabaran Maimunah untuk memungut sisa pepajal dua kali seminggu sahaja di sini.

"Memang komuniti ini sejak taman ini diwujudkan (tahun 2012), aspek kebersihan diutamakan secara bersama...kita cubalah sahut cabaran YDP MPSP itu," jelas beliau.

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan komitmen pentadbiran Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng dalam merealisasikan kempen Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus