27 December 2014

Rehasil seperti di negara maju lebih baik berbanding umum peruntukkan bencana RM500 juta, kata PasMa

PROSES memunggah turun bantuan kemanusiaan PasMa untuk mangsa bencana banjir kawasan Parlimen Parit dilakukan dengan bantuan petugas PAS tempatan di sini, petang tadi.
BAHARURAZI Ahmad (kiri) yang juga Pengerusi Pertubuhan Koperasi Ternak Jaya Berhad dan Tuan Haji Zolkifly Md Lazim (Penaung KPATSBB) saling berbincang potensi gerakan ekonomi melalui koperasi di Pulau Pinang dan Perak, di sini pada petang tadi.

Pasukan PasMa Pulau Pinang bergambar kenang-kenangan dengan sukarelawan setempat di perkarangan Markaz PAS Cawangan Kuchai Tengah di sini, petang tadi.

SALAH satu pacuan empat roda yang membawa sukarelawan serta bantuan kemanusiaan PasMa ke kawasan bencana di sini, petang tadi.

Pengerusi PasMa Pulau Pinang, Tuan Haji Zolkifly Md Lazim (kiri) dengan salah seorang anggota sukarelawan membawa bekalan kemanusiaan dengan dia buah pacuan empat roda, meredah kawasan bencana banjir di sini pada lewat petang tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BOTA - Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bawah Putrajaya sepatutnya boleh membuat rehasel atau latihan percubaan mendepani risiko bencana seperti di kebanyakan negara maju, memandangkan banjir seumpama kini sudah mampu dijangkakan tiap-tiap tahun.

Pengerusi Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang, Tuan Haji Zolkifly Md Lazim berkata demikian semasa majlis menurunkan bantuan kemanusiaan di perkarangan Markaz Cawangan Kuchai Tengah dalam Kawasan Parlimen Parit, Perak pada lewat petang tadi.

"Lebih baik buat rehasel kerana kita sudah boleh jangka (apa)bila banjir seperti ini akan terjadi tiap-tiap tahun, daripada mengambil beberapa hari pergi bergoft dengan Barrack Obama (Presiden AS) sampai ke Hawaii dan kemudian umum peruntukkan bencana RM500 juta.

"Rehasel kebakaran hampir dilakukan di semua bangunan di negara ini sebagai persiapan awal, tetapi, sebuah Kerajaan baik di peringkat federal mahupun negeri seakan tiada rehasel untuk mengurangkan risiko bencana seperti di negara-negara maju," ujar Zolkifly kepada wartawan.

Pengerusi Koperasi Peniaga-Peniaga Pasar Aneka Taman Selat Butterworth Berhad (KPATSBB) Nasharuddin Shah Mat, Ustaz Izaham Hashim (Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mutiara Malaysia), wakil ARC Utara Semenanjung Malaysia antara lapan sukarelawan yang menyertai pasukan kemanusiaan PasMa tersebut.

Menurut Zolkifly, bantuan kemanusiaan dibawa ke sini, susulan mendapati jalan darat utama tertentu ke negeri-negeri sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia musnah akibat bencana.

"Keutamaan membawa bekalan bantuan dengan dua buah pacuan empat roda ke sini, kerana kita tak mampu ke Kelantan buat masa ini.

"Bagaimanapun, kita sedang mengatur penghantaran bantuan kemanusiaan ke Kelantan dan beberapa lokasi yang dikenal pasti melalui pasukan sukarelawan di sana, melalui Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa," ujar Zolkifly yang juga Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang merangkap Penaung KPATSBB lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Zolkifly turut merakamkan penghargaan kepada pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng, yang baru mengumumkan pemberian peruntukkan bantuan ke Kelantan berjumlah RM1.5 juta.

Zolkifly menyerahkan kesemua bantuan bencana kepada Pengerusi PAS Cawangan Kuchai Tengah merangkap Pengerusi Sekretariat PasMa setempat, Baharurazi Haji Ahmad, sebelum menghantar baki bekalan ke beberapa kawasan bencana di sini.

"Kami sendiri cuba masuk sedalam mungkin untuk agih bekalan makanan, kerana banjir yang surut tadipun hampir setinggi tayar pacuan empat roda kami," kata Zolkifly lagi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus