14 December 2014

Hujah al-Quran oleh Abdul Hadi untuk PAS, Umno berdamai pernah dipertikai Hanipa Maidin

GRAF jatuh bangun PAS dalam PRU, melalui pertandingan secara bersendirian dan kerjasama politik (tahaluf siyasi)

PAS fokus nak menang pilihan raya dengan menumbangkan kezaliman Umno BN, tetapi, ada segelintir anggota parti berpendapat kerjasama dengan Umno di PRU14 depan ala-ala Kerajaan Perpaduan (UG) dulu lebih menguntungkan Islam.

Mereka berpegang dengan pendapat pemimpin mereka kononnya al-Quran sendiri menyuruh menyahut perdamaian apabila musuh cenderung pada perdamaian.

Mereka berdiri atas zahir nas Al-Quran yang bermaksud:

"Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya..." [Surah Al-Anfal: 61]

Didedahkan, Hanipa Maidin (kini MP Sepang) dalam satu mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat terdahulu  (baca: semasa isu UG tengah meledak sebelum di'tutup buku') pernah digambarkan melawan nas Al-Quran kerana AJK Pusat berkenaan mempertikaikan Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mensyor parti menyambut perdamaian politik daripada Umno menggunakan hujah nas Al-Quran di atas.

Hanipa, dalam reaksi balas bertanya, "Saya mempertikai taksiran Tuan Guru Presiden terhadap nas tersebut, atau saya mempertikai nas itu sendiri?"

Hujah Hanipa lagi, jika nas itu merujuk kepada perdamaian di medan perang sebenar pada zaman Rasulullah, maka tidak berbangkit lagi kini kerana persaingan PAS serta PKR dengan Umno BN memang telah di dalam medan yang damai, iaitu demokrasi berpilihan raya.

Seorang AJK Pusat lain, kemudiannya, mencelah mempertahankan interpretasi Abdul Hadi terhadap ayat 61 daripada Surah Al-Anfal.

Menurut AJK PAS Pusat berkenaan, Hanipa sepatutnya bertawakal (kepada Allah) sekiranya Presiden bersetuju untuk parti berdamai dengan Umno sahaja, memandangkan pada ayat 61 Surah Al-Anfal turut membawa maksud, "...serta bertawakalah kepada Allah..."

Bahkan, AJK Pusat berkenaan turut menyanggah pertikaian Hanipa dengan mengemukakan kaedah usul tafsir yang menyebut Al-'Ibrah bi umumi al-lafzi la khususan bi sababihi (maksud: pengajaran diambil pada lafaz umum ayat Al-Quran, dengan bukanlah terikat khusus pada sebab-musabab penurunannya).

Kaedah usul itu menjelaskan keperluan PAS melaksanakan kewajipan nas mengikut konteks sekarang di Malaysia, balas Hanipa.

Hanipa berkata, PAS lebih mempunyai peluang memerintah Putrajaya dengan kerjasama politik (tahaluf siyasi) bersama PR dalam menumbangkan kezaliman Umno BN secara demokrasi berpilihan raya yang damai, mengapa perlu perdamaian dengan Umno pula?

Soalnya lagi, mengapa perlu PAS bersendirian di PRU14 kononnya atas mana 'politik damai' dengan Umno, sedangkan tahaluf siyasi dengan PR lebih damai untuk rakyat Malaysia?

"Rekod pilihan raya Malaysia jelas membuktikan PAS lebih kuat serta berpeluang lebih cerah untuk memerintah Malaysia melalui kerjasama politik, mengapa PAS tidak mahu bekerja keras melalui tahaluf siyasi Pakatan Rakyat ini dan (lalu)  bertawakal kepada Allah," respons Hanipa, lalu mesyuarat Pusat tersebut tiba-tiba ditangguhkan.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu..." [Surah Hud: 113]

Wallahu 'alam

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus