12 December 2014

Exco Agama perjelas status jual tanah wakaf yang didakwa pembangkang

ABDUL Malik Abul Kassim (berdiri, tiga dari kiri) menjelaskan mengenai isu tanah wakaf dalam Forum Analisis Bajet 2015 Pulau Pinang, bergandingan dengan Wong Hon Wai (dua dari kiri) dan Zolkifly Md. Lazim (paling kiri) di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT GELUGOR - Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim berkata, Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak pernah menjual mana-mana tanah wakaf di negeri ini, sebagaimana didakwa oleh pihak pembangkang.

"Dakwaan yang menyatakan tanah wakaf dijual kepada warga (atau) syarikat asing adalah tidak benar.

"Sebagai contoh, tanah wakaf Seetee Aisah di Seberang jaya bernombor lot 1441, 1442, 252 dan 200 seluas 7.7 ekar telah dijual oleh waris terdahulu kepada syarikat yang dimiliki oleh bukan Islam.

"Sebaliknya, MAINPP berjaya mengambil balik tanah tersebut setelah melalui proses mahkamah," ujar Abdul Malik pada Forum Analisis Bajet 2015 Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Wong Hon Wai selaku Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan Tuan Zulkifly Md. Lazim (Pengerusi Muslim Economy & Council Affairs, MECCA) turut tampil sebagai panelis pada forum tersebut.

Abdul Malik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung berkata, jumlah tanah wakaf di Pulau Pinang adalah berjumlah 1,837.01 ekar, yang melibatkan 1,155 lot tanah mengikut pecahan wakaf di kelima-lima daerah di negeri ini.

Hon Wai pula berkata, Kerajaan Negeri hari ini saban tahun mengumumkan peruntukan untuk hal ehwal agama Islam bukan sahaja berdasarkan keperluan umat Islam di negeri ini, bahkan, lebih baik berbanding semasa era pentadbiran Barisan Nasional dahulu.

"Kerajaan (Barisan Nasional) dulu pada tahun 2008 beri peruntukan RM25.49 juta sahaja, tetapi, sekarang Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat) hari ini meluluskan RM35.78 juta bagi tahun 2009, RM37.85 juta bagi tahun 2010, RM63.21 juta bagi tahun 2011, RM64.03 juta bagi tahun 2012, RM54.55 juta bagi tahun 2013, dan RM51.17 juta bagi tahun 2014.

"Baru-baru ini pun, Ketua Menteri mengumumkan peruntukan Hal Ehwal Agama Islam untuk tahun depan (2015) sebanyak RM57.88 berdasarkan keperluan semasa umat Islam di negeri ini," ujar Hon Wai yang juga ADUN Air Itam.

Manakala, Zolkifly mencadangkan forum pasca Bajet 2015 Pulau Pinang diadakan di semua peringkat supaya ADUN, JKKK dan pemimpin komuniti dapat memahami mengenai kaedah memanfaatkan belanjawan negeri kali ini.

"Rakyat telah mencapai apa yang mereka mahu, iaitu menubuhkan Kerajaan Negeri yang baru pada tahun 2008, tinggal lagi apakah manfaat pencapaian yang mesti diraih secara bersama melalui 'kek ekonomi' (Bajet 2015 Pulau Pinang) kali ini," ujar Zolkifly.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus