Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr Afif Bahardin berkata Program Pemeriksaan Mammogram Percuma untuk wanita yang ditangguhkan dua kali pada tahun ini dijangka akan dilaksanakan mulai tahun depan.
Menurut Dr Afif, penangguhan program itu berpunca oleh ketidakpatuhan daripada segi teknikal membabitkan pihak tender.
Katanya lagi, panggilan tender kali pertama dibuat dalam tempoh 28 Ogos 2013 hingga 30 September lepas, diikuti kali kedua pada 21 Mei hingga 2 Julai lalu.
"Kini, di peringkat untuk pertimbangan Lembaga Perolehan.
"Apabila program ini berjalan dijangkakan akan memberi manfaat kepada seramai 1,040 orang wanita setahun dan ianya dirancangkan untuk dijalankan setiap hari," ujar Dr Afif yang juga ADUN Seberang Jaya dalam jawapan bertulisnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Jawapan bertulis itu sebagai menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit, Ong Kok Fooi.
No comments:
Post a Comment