03 October 2014

Tingkat kerjasama PP, Thailand demi manfaat jangka panjang - Guan Eng

LIM Guan Eng (kanan) menyempaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Srirat Vathesatogkit (kiri) di pejabatnya dekat Komtar, di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Pulau Pinang dan Thailand perlu meningkatkan kerjasama erat untuk memajukan kawasan pelancongan dan sektor perindustrian masing-masing demi memastikan kedua-dua belah pihak meraih manfaat jangka masa panjang.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat Konsul Besar Thailand Ke Pulau Pinang yang baru, Srirat Vathesatogkit di pejabatnya di sini baru-baru ini.

“Ini tanda persahabatan dan kerjasama erat untuk manfaat bersama jangka panjang,” jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Penerangan, Warisan, Kesenian dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Dalam pertemuan itu, Srirat Vathesatogkit sekali lagi mengulai hasrat negara berkenaan agar Thailand dan Malaysia dapat meningkatkan kerjasama untuk memajukan pembangunan kawasan di sempadan secara bersama.

Menurut Srirat Vathesatogkit, sebagai konsul besar untuk Negeri Kedah, Perak dan Pulau Pinang, beliau percaya Malaysia dan Thailand boleh meningkatkan hubungan antara rakyat dengan rakyat dan antara kerajaan tempatan dengan kerajaan tempatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng baru-baru ini mengetuai delegasi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ke Phuket, Thailand dan telahpun menandatangani perjanjian persefahaman 'Bandar Sahabat' dengan pihak berkuasa tempatan di sana.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus