Skip to main content

"Iban, bukan Islam banyak sokong PAS di Sebuyau, Sarawak..."

(Dari kiri) ZAINULFAQAR Yaacob, Nordin Majid, Andrew Anak Jain dan Ustaz Rizal Akhir di perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Sarawak dekat Matang Jaya.

WALAUPUN PAS Sarawak jarang menggamit perhatian media baru yang utama di negara ini, persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diramal pada bulan Jun tahun depan kian dirasai di sini.

Di Pejabat Perhubungan PAS Sarawak dekat Batang Jaya yang menjadi tempat kami bermalam hari ini, kami bertemu dengan Andrew Anak Jain, 45.

Andrew adalah anak Iban, dikenali sebagai aktivis parti yang gigih.

Beliau adalah contoh terbaik 'amilin' PAS yang gigih, sungguhkan beragama Kristian.

"Sudah banyak parti dan BEBAS bertanding bertanding di sini sebelum ini, tetapi orang Iban tidak mempedulikan parti.

"Masa Haji Adam bin Ahid (Pesuruhjaya PAS) tanding PRN 2011, dia tewas hanya kira-kira 1,800 undi sahaja sebab majoriti orang Iban beri harapan kepada Haji Adam," ujar Andrew.

Haji Adam bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Sebuyau, dalam Parlimen Batang Lupar yang ditandingi oleh PKR pada PRN lepas.

Sebuyau adalah sebuah pekan nelayan dan tani. Masing-masing mengisi dua pekerjaan utama tersebut, sekaligus tiada kebergantungan kepada mana-mana ahli politik, tidak kira daripada parti pemerintah ataupun pembangkang.

57 peratus pengundi di Sebuyai adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. 30 peratus lain adalah pengundi bukan beragama Islam daripada kalangan ernik Iban. Baki 10 peratus lagi adalah pengundi Cina.

"Sebuyau contoh yang unik, majoriti penyokong PAS pada PRN lepas adalah orang Iban...ertinya bukan Islam.

"PAS boleh dapat sokongan majoriti Iban di sini kerana orang Iban sendiri bawa PAS ke pekan dan kampung (melalui) program sukan," jelas Andrew lagi.

Seperkara lagi, Haji Adam sendiri mempunyai wibawa tersendiri dan PAS sendiri seakan bergantung pada ketokohannya pada pilihan raya negeri lepas.

"Orang Iban boleh duduk dengan Haji Adam dan Haji Adam pun boleh duduk dengan mereka dengan watak yang mereka selesa," jelas Andrew.

Berdasarkan perkongsian Andrew ini, fahamlah saya Islam yang dibawa oleh PAS melalui proses PRN lepas dekat Sebuyau sebenarnya lebih disambut oleh majoriti bukan Islam.

Kalau dilihan pada zaman Rasulullah S.A.W pun, lebih lebih mudah diterima di Madinah yang terdiri oleh masyarakat majmuk.

Orang Islam di Madinah bukanlah majoriti, orang Yahudi mengusai ekonomi dan politik di negara moden Madinah.

Islam ditolak habis-habisan di Madinah yang menjadi kampung halaman Rasulullah S.A.W sungguhpun kota jahiliah itu majoritinya dihuni oleh bangsa Arab.

Rupa-rupanya Islam boleh diterima di Madinah kerana kota itu terdiri oleh masyarakat majmuk, termasuk daripada kalangan bukan Islam.

Di Sebuyau pun sama, majoriti bukan Islam daripada kalangan Iban yang banyak menyokong Haji Adam.
Mudah-mudahan, pengundi Melayu Islam di Sebuyau pun majoriti boleh menyokong Haji Adam, sekaligus menjadi DUN sulung PAS di negeri ini pada PRN akan datang.

PRN lepas, PAS bertanding lima KADUN, iaitu Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Tanjong Datu dan Muara Tuang.

"PRN lepas, Sebuyau adalah DUN sasar menang kedua selepas Beting Maro.

"Kita sasar nak tambah tiga kawasan lagi menjadi lapan keseluruhannya kawasan DUN sasar tanding pada PRN akan datang.

"Kita harap menang di Sebuyau pada PRN akan datang...Sebuyau boleh jadi 'benih yang baik' untuk PAS di Sarawak," jelas Andrew.