Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
TASEK
GELUGOR – Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan
Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin merakamkan pengharapan agar Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, yang disahkan mengidapi
Japanese Encephalitis (JE) Julai lalu, manakala, Hospital
Pakar KPJ pula menyumbang katil sakit bernilai RM1,500 kepada
kanak-kanak berkenaan.
"Saya
sangat bersyukur kerana beliau sudah boleh berjalan dan terus
berharap yang terbaik untuk beliau," ujar Dr. Afif kepada ibu
kanak-kanak berkenaan, Haniza Ayub, 40, di rumahnya dekat Kampung
Selamat di sini baru-baru ini.
Bercakap pada
sidang media sama, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Pulau
Pinang, Abdul Aziz Abd Rahman berkata, sumbangan katil sakit yang
dilengkapi dengan pengadang dan roda diharap dapat mengelak risiko
jatuh katil semasa tidur, serta memudahkan pergerakan kanak-kanak
berkenaan.
Sebelum itu,
Haniza memberitahu bahawa anaknya masih perlu diberikan perhatian
dalam pelbagai segi, sungguhpun kian pulih daripada penyakit
berbahaya tersebut.
Menurut
Haniza, otot Muhammad Ammar Muqrish yang masih begitu lemah hingga
sukar untuk mencangkung semasa membuang air besar mengakibatkan
anaknya itu terpaksa memakai lampin pakai buang hingga kini.
Kata Haniza
lagi, beliau pada waktu bekerja mujur dibantu oleh adik kandungnya
yang tinggal bersebelahan rumah untuk mengurus beberapa keperluan
Muhammad Ammar Muqrish.
"Dulu
Ammar seorang yang aktif, namun selepas kena JE, segalanya berubah
sekelip mata...dia tak lagi seceria macam dulu.
"Nak
berhenti kerja pun susah...macam mana saya nak bantu suami menyara
keluarga," kata Haniza.
Terdahulu,
Muhammad Ammar Muqrish pada hujung bulan Mei lepas dijangkiti wabak
JE, selepas menyertai kem motivasi anjuran sekolahnya.
Keadaan
Muhammad Ammar Muqrish yang kian lemah sungguhpun diberi rawatan di
hospital kerajaan mendorong waris merujuk kanak-kanak berkenaan ke
hospital swasta.
Kisah waris
serta saudara mara kanak-kanak berkenaan terpaksa mengumpul duit
serta menggadai barang kemas untuk membayar wang pendahuluan hospital
swasta tersebut yang berjumlah RM10,000 kemudiannya mendapat
perhatian banyak pihak, termasuk Dr. Afif dan Hospital Pakar KPJ
baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment