03 October 2014

Aloyah kini CEO PWDC - Chong Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Pegawai Eksekutif bagi Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), Aloyah A. Bakar kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) perbadanan tersebut berkuatkuasa 1 September lepas.

Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng semasa membuat pengumuman itu berkata, perlantikan Aloyah berdasarkan pengalamannya yang luas, termasuk dalam tadbir urus PWDC sejak tahun 2012 lagi.

"Dengan pengalaman Aloyah yang pelbagai dan meluas dalam korporat, syarikat-syarikat multinasional dan NGO (badan bukan kerjaan), saya cukup yakin bahawa beliau akan terus memimpin dan memandu PWDC ke arah mencapai wawasan dan misi yang dirancang," kata Chong Eng kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Lagi pun, kata Chong Eng, Menurut Guan Eng, Aloyah merupakan antara perintis pada pelaksanaan projek terbaru PWDC dari bulan Mei hingga Ogos lepas, iaitu Responsif Gender dan Partisipasi Belanjawan (GRPB).

"Saya gembira untuk berkongsi bahawa GRPB telah mencapai kejayaan yang mencukupi untuk diiktiraf dengan menerima penghargaan daripada International Observatory on Participatory Democracy (IOPD) pada bulan Jun tahun ini," ujar Chong Eng lagi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang.

Aloyah merupakan graduan Pengurusan Hotel dan Katering di UiTM Shah Alam dekat Selangor, dan kerjaya awal beliau Rasa Sayang Hotel.

Kerjaya terakhir beliau dalam tempoh lima tahun di Hotel Rasa Sayang adalah sebagai Pegawai Kakitangan di Jabatan Sumber Manusia. 

Selepas itu, beliua berhijrah ke sektor swasta lain dan dilantik sebagai Penganalisis Personal di IBM, sterusnya dinaikkan pangkat kepada Pengurus Program di bawah Institut Kualiti IBM, Kumpulan Asia Pasifik. 

Pada tahun 1990, beliau menyertai PT Sumatera Rotanindo di Medan, Indonesia dan dilantik sebagai pengarah di sana.

Pada tahun 1995, beliau dilantik sebagai Pengarah Scansia Sdn. Bhd. di Kedah untuk merombak organisasi berkenaan.

Beliau juga pernah mendapat dua pengiktirafan semasa menyertai pergerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) peringkat antarabangsa.

Beliau pernah menjadi Pengarah Sumber Manusia & Pendidikan bagi Kumpulan Perniagaan Asian Global,  kemudiannya menyertai PWDC.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus