28 September 2014

Sentralisasi punca MPSP jadi 'majlis kutip sampah' – Satees

TREM Elektrik yang beroperasi sejak tahun 1890 di bawah Penang Steam Tramways Co. sudah mempunyai 11 gerabak, yang kemudiannya diuruskan oleh MPPP berdasarkan dasar desentralisasi autonomi pada waktu itu.
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sepatutnya mempunyai hak untuk menguruskan pengangkutan awam di Seberang Perai seperti dulu, kata Ahli Majlisnya M. Satees.

Menurut beliau, dasar sentralisasi atau pemusatan kuasa yang diamalkan oleh Kerajaan Pusat dalam beberapa dekad ini telah mengakibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak lebih sebagai badan pengurus sampah sarap di negeri ini.

Justeru, katany lagi, sentralisasi mengakibatkan Kerajaan Negeri hari ini dihalang untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam secara percuma melalui MPSP dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), demi menangani masalah kesesakan trafik yang kian teruk.

"Malaysia memang ada sejarah di mana, Kerajaan Tempatan mempunyai kata putus dalam perkara penting seperti pengangkutan awam. 

"Sebagai contoh, satu masa dulu Penang Island Municipal Council (MPPP) pernah mengoperasi perkhidmatan trem dan basnya sendiri. 

"Dalam beberapa dekad yang lalu, kuasa tersebut, satu persatu telah diambil alih daripada Kerajaan Tempatan, dan Kerajaan Tempatan ditinggalkan untuk mengurus sampah sebagai,core businessnya," ujar Satees pada sesi penggulungan Mesyuarat Penuh Majlis di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini, Jumaat lepas.

Terdahulu, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pada dua tahun lepas pernah berhasrat untuk mewujudkan pengangkutan bas awam secara percuma di seluruh negeri ini, namun, tidak mendapat kebenaran daripada Kerajaan Pusat hingga kini.

Ekoran itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mengemukakan hasrat untuk membina tiga pintasan lebuh raya dan terowong bawah dasar laut bernilai secara tender terbuka bernilai RM6.3 bilion.

Dalam perkembangan berkaitan, Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 lagi mencadangkan amalan desentralisasi atau pengasingan kuasa yang lebih sihat membabitkan peringkat federal, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan (PBT) supaya program pemajuan pro rakyat lebih mudah dimajukan di Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus