04 September 2014

Segera selesai isu kenderaan berat guna jalan Taman Inderawasih - Ramasamy

DUA kenderaan berat dirakamkan mengakibatkan jalan utama di sini pada pagi tadi begitu sempit dan berbahaya untuk komuniti setempat.
(Dari kiri) P. David Marshel, M. Satees dan P. Ramasamy pada sidang media di sini, pagi tadi.  | Foto: arkib Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERAI - Isu kenderaan berat menggunakan jalan Taman Inderawasih hingga membahayakan komuniti setempat khususnya murid yang bersekolah di sini akhirnya dirujuk kepada Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy.

Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai meminta syor membina satu jalan alternatif di persisiran pantai dan pintasan ke Kawasan Perindustrian Perai dekat kilang Malayawata Steel Berhad dipertimbang oleh semua pihak pemilik lori kontena yang menggunakan laluan sedia ada di sini.

"Sebelum apa-apa yang tidak diingin berlaku di jalan ini (Taman Inderawasih), elok semua pihak dipanggil berbincang sekarang.

"Pengadang kenderaan berat akan dipasang di jalan masuk dan keluar Taman Inderawasih ini supaya tiada lagi lori kontena boleh menggunakan jalan ini pada waktu yang tidak dibenarkan, seperti masa pelajar pergi dan pulang dari sekolah-sekolah sekitar kawasan ini.

"Dalam tempoh tiga bulan ini, saya berharap konsultan yang akan dilantik dapat mengemukakan hasil kajian mereka supaya jalan di sini (Taman Inderawasih) tidak lagi berbahaya untuk penduduk setempat," jelas Ramasamy kepada wartawan di sini pagi tadi.

Dua Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), P. David Marshel dan M. Satees serta Mohamad Hazrul Hassan (Penolongan Pengarah di Jabatan Kejuruteraan MPSP) turut menyertai lawatan kerja tersebut.

Hadir sama, Pengurus KTM Butterworth, Ahmad Hishammuddin Mohd. Rashid, K. Gopal (Penolong Jurutera Daerah Seberang Perai Tengah bagi Jabatan Kerja Raya, JKR) dan Mohd. Fairuz Abdul Wahab (Penolong Jurutera Daerah Seberang Perai Tengah bagi Jabatan Pengairan dan Saliran, JPS).

Difahamkan, hampir 100 lori kontena milik Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd (MSM) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) serta anak syarikatnya Multimodal Freight Sdn. Bhd. menggunakan jalan Taman Inderawasih ke satu depo sementara di sini, kini.

Manakala, Depo KTMB baru yang dijadualkan mula beroperasi pada awal tahun depan pula dianggarkan menerima 1,500 trafik kontena tiap-tiap hari.

"Bagi saya, KTMB, MSM dan JKR masing-masing perlu mengambil tanggungjawab (biaya kos) membina jalan alternatif di sini, memandangkan trafik lori kontena ke depot KTM yang baru ini dijangka meningkat 10 kali ganda, mulai tahun depan," jelas Ramasamy yang juga Exco Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan & Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus