Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Kegunaan elektrik di bangunan Kompleks Ibupejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bagi tahun 2014 diharap dapat berkurangan 3 peratus lagi berbanding tahun lepas, sungguhpun bangunan tersebut telahpun menerima pesijilan Energy Management System (EnMS) ISO 5001:2011.
"Kita adalah PBT (pihak berkuasa tempatan) pertama menyahut cabaran mengurangkan kegunaan tenaga untuk bangunan kita, dengan kerjasama SIRIM (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia).
"Untuk kegunaan tahun 2014, kita sasar pengurangan kegunaan tenaga tiga, iaitu 1,941,531.63 kWh," jelas Maimunah kepada wartawan, selepas Majlis Mesyuarat Penuh MPSP Ke-480 (09/2014) di sini, Jumaat lepas.
Tiga Ahli Majlis MPSP, Tan Cheong Eng, Rizal Huzairi Md. Zaki dan Ahmad Kaswan Kassim, serta Setiausaha Majlisnya, Sr. Rozali Mohamud turut hadir pada sidang media tersebut.
Menurut Maimunah, bacaan kilowatt perjam (kWh) adalah lebih tepat memandangkan tarif elektrik seringkali berubah-ubah
Menurut Maimunah, bacaan kilowatt perjam (kWh) adalah lebih tepat memandangkan tarif elektrik seringkali berubah-ubah
Tambah Maimunah, jumlah penggunaan elektrik bagi tahun 2012 adalah berjumlah 2,070,990 kWh dan berkurangan sebanyak 3.35 peratus menjadi 2,001,579 kWh.
Ujarnya lagi, penggunaan tenaga kerata (SEU) yang dikenal pasti pada bangunan utama MPSP adalah berpunca oleh operasi pendingin hawa.
"Ketara, 49.73 peratus tenaga digunakan untuk penghawa dingin. Yang tidak ketara untuk kegunaan pencahayaan iaitu sebanyak 21.87 peratus, komputer (10.18 peratus) dan 8.89 peratus untuk kegunaan peralatan pejabat seperti mesin fotostat, mesin pencetak, mesin pengimbas, plotter dan lain-lain," ujar beliau.
Inisiatif MPSP ini sekaligus menyerlahkan komitmen PBT tersebut dalam mempopularkan amalan hijau di Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment