SUASANA harmoni dalam Masjid Andalusia Taman Laguna Sungai Petani. |
ANDALUSiA adalah satu contoh Islam sifatnya berkembang, bukan berhimpuan di tanah Arab sahaja.
Begitu jugalah Masjid Andalusia dekat Taman Laguna Sungai Petani, Kedah yang menjadi simbol kejayaan NGO IKUT Mewakili 10K Suara Reverts Pulau Pinang melebarkan sayap dakwahnya di luar negeri ini.
Presiden Infak Kebajikan Ummah Takaful (IKUT) Azley Stanley, iaitu saudara baru berkongsi pengalamannya ingin mengkristiankan seorang perempuan Islam, sehingga dipujuk hidayah Allah.
"Saya memang tidak suka dengan perangai orang Islam. Saya tidak suka dengar azan. Saya benci nabi orang-orang Islam (Nabi Muhammad S.A.W).
"Seorang Ustaz dari USM telahpun menjernihkan tanggapan salah saya, (kononnya) orang Islam benci dengan Kristian.
"Seorang Ustaz dari USM telahpun menjernihkan tanggapan salah saya, (kononnya) orang Islam benci dengan Kristian.
"Rupa-rupanya orang Islam pun sayang dengan Nabi Isa sama seperti mereka sayang Nabi Muhammad S.A.W...orang Islam sayang Isa sebagai nabi, tidak seperti orang Kristian menganggap Isa sebagai 'Anak Tuhan'.
"Orang Kristian tidak perlu benci orang Islam, kerana orang Islam pun sayang Isa bin Maryam sebagai salah seorang nabi mereka.
"Semasa saya berusia 8 tahun, saya ada menonton satu filem yang Isa sendiri berdoa...saya sudah terdetik bahawa Isa bukan 'Anak Tuhan'.
"Ini, fitrah manusia...berdakwahlah dalam bahasa fitrah manusia dengan rakan-rakan kita yang beragama Kristian, kerana merekapun adalah manusia seperti kita (orang-orang Islam)," jelas Azley di Masjid Andalusia yang begitu indah, malam tadi.
"Ini, fitrah manusia...berdakwahlah dalam bahasa fitrah manusia dengan rakan-rakan kita yang beragama Kristian, kerana merekapun adalah manusia seperti kita (orang-orang Islam)," jelas Azley di Masjid Andalusia yang begitu indah, malam tadi.
(Dari kiri) AZLEY Stanley, Zolkifly Md. Lazim dan Irman Khang. |
Azley, berkongsi pentas dengan Presiden Persatuan Saudara Baru (PESALAM) Irman Khang.
Forum interaktif itu dikendali oleh Penaung IKUT merangkap AJK PAS Pulau Pinang, Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim.
Azley memberitahu rata-rata penganut Kristian yang baik, mereka seperti orang Islam yang baik juga.
Justeru, katanya lagi, ramahi dan ziarahlah mereka kerana amalan itu adalah dakwah yang menjadi sunnah besar Rasulullah S.A.W.
"Kalau ada kawan beragama Kristian, jangan takut untuk meramahi mereka dan ziarah keluarga mereka dengan sifat baik kita dan baik mereka itu.
"Ceritakan kepada mereka mengenai kebaikan Rasulullah S.A.W, ceritakan kepada mereka kebaikkan Nabi Isa A.S yang sebenar menurut al-Quran kita," jelas beliau lagi.
Irman Khang, turut menceritakan pengalamannya beragama Budhha dan sebab musabab beliau terdetik memeluk Islam.
"Mak saya kata, saya tak akan berubah dan tetap menjadi gangster di Jelutong walaupun memeluk Islam.
"Saya hanya jaga elok-elok mak saya kerana saya tetap anak mak saya walaupun saya sudah memeluk Islam...ini bukan 'masuk Melayu'.
"Bapa saya saja yang tidak menghalang saya memeluk Islam...Macam mana dia nak halang saya kerana dia sudah 'tiada' semasa itu," seloroh Irman.
Katanya, nasihat Brother Kamaruddin dari IPSI banyak mendorong beliau untuk terus berdakwah kepada ibunya dulu, dan kawan-kawan yang lain melalui Pesalam hingga kini.
Ditengah-tengah ceramah berlangsung itu, dari belakang seorang warga emas berbangsa Cina bangun dan berinteraksi dengan Irman dalam bahasa Cina.
Kata Irman, lelaki Cina itu bertanya, apakah bukti Islam itu agama yang benar?
Semua dalam dewan solat yang rata-rata Melayu terlopong dan 'tak faham' kerana mereka saling berinteraksi dalam bahasa Cina.
Selepas solat, kelihatan semua jamaah yang hadir dalam forum IKUT malam tadi berebut-rebut bersalaman dan saling berpeluk dengan lelaki Cina berkenaan dan anak lelaki serta cucunya.
Firman Allah:
"Katakanlah: Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan..." [Surah Ali Iimran: 64]
No comments:
Post a Comment