05 September 2014

Heret Gen Y salah guna media sosial guna Akta Hasutan - PM

PUTRAJAYA mungkin akan memperuaskan kegunaan Akta Hasutan selepas beberapa Ahli Politik Pakatan Rakyat, serta Ahli Akademik Universiti Malaya Prof Madya Azmi Sharom yang dilihat ekstrem mempertikai Kerajaan Pusat pun diheret menggunakan undang-undang kontroversi tersebut.

Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran kepada rakyat, khususnya generasi muda atau Gen Y supaya tidak menyalahgunakan kebebasan media sosial untuk menghasut rakyat mempertikai Putrajaya pula.

"Saya nak beri amaran, sesiapa cuba menggugat keamanan, undang-undang sedia ada akan digunakan. Perkara ini memang dikuatkuasakan," tegasnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini, Jumaat.

Dalihnya Akta Hasutan akan dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian tetapi perkara berkaitan agama dan bangsa tidak akan diabaikan.

Najib berdalih kerajaan tidak akan membenarkan kebebasan yang tidak diikuti prinsip kebertanggungjawaban terutama dalam soal agama Islam, agama lain serta hak keistimewaan Melayu serta raja-raja Melayu.

"Kita mesti pertahankan...bukan kata ada (undang-undang) yang baharu ini, semua kita ketepikan...tetapi kita akan masukkan peruntukan-peruntukan yang lebih sesuai," tegasnya.

Beliau berharap Gen Y tidak terus menentang Kerajaan Umno BN Pusat secara  ekstrem kerana dalam melakukan apa sahaja tindakan perlu ada pertimbangan yang matang.

"Mesti ada batasan...prinsip 'accountability' (kebertanggungjawaban) inilah yang kita mesti cari satu formula di mana kita beri ruang untuk bersuara termasuk menegur pemimpin tetapi di samping itu ada batas-batas, jangan sampai merosakkan keamanan dan keharmonian negara kita," dalihnya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Ketua Umno Bahagian Jerlun, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus