05 September 2014

10 MP anggap tangkapan 156 PPS ‘Ops Merdeka Hitam’

(Dari kiri) NG Wai Aik, P. Kasthuriraani, Jeff Ooi Chuan Aun, Zairil Khir Johari, Steven Sim Chee Kiong dan Wong Hon Wai pada sidang media di Ibupejabat DAP Pulau Pinang dekat Jalan Rangoon di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN - 10 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Pulau Pinang menyifatkan tangkapan polis ke atas 156 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sejurus selesai majlis perarakan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lepas sebagai kegelitaan demokrasi negara.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak wajar mengarahkan tangkapan tidak munasabah tersebut, memandangkan PPS ditubuhkan berdasarkan bidang kuasa yang ada pada sebuah Kerajaan Negeri.

“Beliau agak tidak konsisten dalam mengamalkan tindakan undang-undang.

"Saya lihat dia begitu gemar menggunakan Akta Hasutan dengan sesuka hati," ujar Zairil di sini baru-baru ini.

Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Abdul Khalid akan melakukan operasi tangkapan bermotif politik secara besar-besaran demi menindas pemimpin Pakatan Rakyat.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun turut membacakan 10 deklarasi bersama, sambil menyifatkan insiden tersebut sebagai 'Ops Merdeka Hitam'.

Dalam kenyataannya, Chuan Aun berkata, polis sepatutnya tidak bertindak sedemikian pada majlis rasmi Kerajaan Negeri, yang turut dihadiri oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dr. Abdul Rahman Abbas.

Beliau turut mengutuk Putrajaya kerana mengheret R.S.N. Rayer di bawah Akta Hasutan sungguhpun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima tersebut berucap dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, yang nyata kebal dari segi perundangan.

“Saya juga menuntut dan mencabar Khalid agar menyahut cabaran Ketua Menteri untuk berdebat secara terbuka mengenai isu penahanan PPS, Exco dan ADUN dalam masa tujuh hari atau pun dia (Khalid) akan dilabelkan sebagai pengecut,” tegas Chuan Aun lagi.

Manakala, Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wai Aik pula meminta Abdul Khalid segera menjejaki dalang di sebalik insiden balingan bom buatan sendiri 'molotov cocktail' ke perkarangan kediaman Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng baru-baru ini.

"YAB Tuan Lim Guan Eng menawarkan RM10,000 kepada pemberi maklumat hingga tertangkap pesalah, serta mendesak Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail membuka semula fail siasatan kematian tahanan lokap mendiang A. Kugan pada tahun 2009.

"Sepatutnya beliau (Abdul Khalid) fokus pada usaha mewujudkan rasa selamat di Pulau Pinang," ujar Wai Aik, yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri.

Ahli Parlimen Batu Kawan (P. Kasthuriraani) dan Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) dan Wong Hon Wai (Ahli Dewan Undangan Negeri Ait Itam merangkap Setiausaha Politik bagi Ketua Menteri) turut sertai sidang media tersebut.

10 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Guan Eng (Bagan), Chee Keong, Zairil, Kasthuriraani, Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Wai Aik (Tanjong) Chuan Aun (Jelutong) dan Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru) dan Ramkarpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor).

Terdahulu, Khalid pada 26 Ogos lepas mendakwa kewujudan PPS adalah bersalahan dengan undang-undang, kerana tidak pernah ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan, 1966.

Dakwaan itu, selepas insiden ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mengaku diserang oleh dua lelaki berpakaian seragam PPS di Air Itam baru-baru ini.

Ekoran itu, Pengerusi PPS yang juga Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh pada 31 Ogos lepas turut direman polis semalama, bersama-sama 156 sukarelawan terbabit.

Kesemua mereka, kemudiannya, dibebaskan secara berperingkat, selepas tindakan berperundangan daripada 21 peguambela pada hari berikutnya.

Guan Eng dalam satu reaksi spontan memberitahu, aktiviti kesukarelawan PPS akan direhatkan serta-merta sehinggalah sehinggalah ada keputusan mahkamah berhubung kesahihan pertubuhan di bawah kerajaan negeri tersebut.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus