IJTIHAD Datuk Fadhil Mohd. Noor mengarusperdanakan PAS dalam lanskap politik Malaysia tiada pengganti sehingga kini jika dilihat pada kepemimpinan parti masa depan itu. |
PAKAi serban lambat itu memang salah satu identiti dan perangai Datuk Fadhil Noor.
Sungguhpun beliau selalu bersiap awal untuk memenuhi jemputan kuliah Maghrib di sekitar Lebah Klang, beliau acap kali keluar lewat dari pejabatnya (kini bangunan Pejabat Harakah KL) disebabkan lambat dalam bab pakai serban.
Perangai pakai serban lambat ini seringkali menjadi ruang umum sahabat-sahabat seperjuangan mencuit Presiden PAS berkenaan.
"Ustaz (Fadhil Noor) ni lambat boleh dua (isteri) sebab takut ka Khadijah (Ibrahim), atau sebab isterinya semacam nama isteri Nabi (Khadijah r.a.ha)," cuit arwah ustaz Azizan Razak (Tan Sri), yang semasa itu adalah pentadbir Harakah.
Fadhil Noor sepatah pun tidak jawab. Dia khusyuk pedo (baca: memperkemas) memakai serban, dengan dibantu cermin muka.
Dalam fikirannya, mungkin Azizan akan 'memang' kalau berbincang bab poligami kerana Azizan sudah beristeri dua semasa itu.
Jadi, Fadhil Noor ambil masa untuk diam walaupun dicuit hebat oleh sahabat, Azizan.
"Kenapa anta (kamu) tak datang mesyuarat hujung minggu lepas," tiba-tiba Fadhil Noor bertanya bab lain, apabila melihat Azizan mula melangkah kaki keluar dari pejabat Harakah.
Azizan pun lantas menjawab, "zaujah (isteri) ana (saya) bersalin...(ya) ustaz."
Apabila mendengar respons Azizan sebegitu, Fadhil Noor mencuit balas, "nampak berani (dengan isteri)...sejak bila anta (kamu) jadi bidan beranak (bersalin)?"
Ustaz Azizan pun diam juga, seperti Fadhil semasa dicuit sebelum ini.
Ini hebat mantik Fadhil Noor. Ini hebat sahabat seperjuangannya, Azizan Razak dalam bab mantik politik.
Sesiapa yang bergaul rapat dengan Fadhil Noor, akan terasa saling diasuh mantik mereka juga.
Fadhil Noor senantiasa 'berlawan dan berkawan' dalam hal pergolakan mantik politik seumpama ini.
Sebab itu, beliau akan memilih (1)'padang' (baca: subjek debat) dan (2)'masa berlawan debat' secara cermat dan tepat, sebelum meluahkan hujahan balas 'mantik politik'.
Hebat!
No comments:
Post a Comment