26 August 2014

'Satu jamaah dua parti' perlu dipertimbang jika PAS terkeluar dari 'Rumah Pakatan'?

Tony Pua tanya, apa perlunya Pakatan terus kekal? 

Bagi saya, Pakatan perlu dikekalkan untuk menumbangkan Umno di PRU14 nanti.

Gila-gila Cikgu Pa sendiri, memang dia sendiri seakan tak sanggup mengumumkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, dengan kemelut yang berlaku kini.

Bukan mudah. Selepas dua kali Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP) mesyuarat pada 17 Ogos dan 25 Ogos, majoriti AJK menolak pendirian Cikgu Pa.

Tinggal majoriti tak mendesak secara terbuka Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk kembali ke landasan berjemaah dan kembali berpegang pada keputusan musyawarah Muktamar PAS 2009, yang mahu parti masa depan itu mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Semua onar yang diledakkan oleh Cikgu Pa sekarang ini sebenarnya membawa maksud Yang kasih, iaitu mahu PKR dan DAP sendiri menendang PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Dengan PAS ditendang keluar dari Pakatan, mudahlah Cikgu PA dan Abdul Hadi menutup kelemahan Mereka masing-masing kelak.

Pimpinan dan ahli lebih mudah untuk diperbodoh, kononnya PAS dizalimi oleh rakan Pakatan sebagaimana PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional apabila Umno kembali kuat.

Hakikatnya, Cikgu Pa dan Abdul Hadi sudah menjadi mainan Umno atas nama UG.

Selangor
Dengan 30 SD ADUN Pakatan Selangor sudah melayakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dimasyorkan sebagai Menteri Besar dalam DUN tidak lama lagi.

Jika onar Cikgu Pa ini berpanjangan dan Dr Wan Azizah menjadi Menteri Besar, PAS dengan tersendirinya akan terkeluar daripada 'Rumah Pakatan'.

Representasi PAS dalam Kerajaan Negeri, GLC, PBT, JKK dll dengan tersendirinya perlu dikosongkan.

Begitu jugalah di semua negeri yang lain dan peringkat federal, 'Rumah Pakatan' terpaksa dikosongkan.

Di sini lah jawapan untuk soalan Tony Pua. DAP dan PKR tidak perlu meninggalkan rumahnya, tetapi perlu membantu PAS untuk mengisi 'Rumah Pakatan' ini.

PAS perlu nekad untuk mengetepikan rancangan gila Cikgu Pa, sama ada dalam kerangka organisasi yang sedia ada, atau bersedia untuk ijtihad politik yang baru.

Oleh kerana 'Rumah Pakatan' akan dikosongkan, keperluan jemaah Islam untuk mesti mengisi kekosongan daulah ini adakah wajib.

'Satu jamaah dua parti'?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus