08 August 2014

RM2.7 juta lebihan dana MPSP hasil belanja hemat 2013 – Maimunah

MAIMUNAH Mohd. Sharif (depan, empat dari kiri), Rozali Mohamud (depan, lima dari kiri) serta Ahli Majlis MPSP mempamerkan pingat serta sijil pengiktirafan yang berjaya diperoleh MPSP pada tahun ini, selepas Perhimpunan Korporat bersam-sama kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini, semalam.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG PERAI - Langkah mengurangkan kos perbelanjaan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada tahun lepas berjaya menyelamatkan lebihan RM2,742,544 dana pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Yang di-Pertua Maimunah Mohd. Sharif memberitahu, pendapatan dan kos perbelanjaan MPSP bagi tahun 2013 masing-masing berjumlah RM199,811,772 dan RM197,069,228.

Justeru, Maimunah berkata pihaknya akan memastikan mutu pelanggan terus dipelihara pada masa hadapan, sungguhpun MPSP giat mendepani cabaran kewangan seperti tahun lepas.

“Cabaran kewangan yang perlu dihadapi oleh MPSP adalah mengurangkan kos perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan.

“Dalam mengurangkan kos (perbelanjaan), MPSP akan sentiasa memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan tidak terjejas,” ujar Maimunah pada Perhimpunan Korporat MPSP di sini, semalam.

Setiausahanya, Sr. Rozali Mohamud dan semua Ahli Majlis bagi MPSP turut hadir pada perhimpunan berkala bersama kakitangan PBT tersebut.

Maimunah menjelaskan, cabaran kewangan MPSP boleh didepani dengan syarat semua kontrak yang ditawarkan mempunyai value add dan outcome, semua jabatan berwajib mengandakan usaha mengutip hasil, serta amalan berbelanja secara hemat.

Pada pertemuan tersebut, Maimunah turut mengumumkan Projek-projek Tembatan Banjir yang sedang dijalankan MPSP, seperti di bawah:


SUMBER Teks ucapan YDP Maimunah Mohd. Sharif sempena Perhimpunan Korporat MPSP pada 7 Ogos 2014.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus