20 August 2014

Notis MPPP demi pulihara bangunan warisan British Navy – Kon Yeow

CHOW Kon Yeow menunjukkan salah satu dari enam blok bangunan bekas kem tentera di Jalan Sultan Ahmad Shah yang ditinggalkan usang baru-baru ini.

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI & ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pemilik bangunan, Tetuan Runneymede Hotels Sdn. Bhd. diberi notis berwajib demi memulihara semula enam blok bangunan warisan bersejarah dekat no.40 Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, yang pernah dijadikan markas British Navy para era Perang Dunia Kedua 1940-an dulu.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow, tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengeluarkan notis tersebut berdasarkan Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Seksyen 83, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Berdasarkan peruntukan sedia ada juga, jika mana-mana bangunan berada didalam keadaan usang, kotor, terbiar dan berbahaya dari segi kestabilan dan keselamatan, maka, MPPP boleh mengeluarkan notis untuk menghapuskan kacau ganggu tersebut kepada pemilik," ujar Kon Yeow kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Tambah Kon Yeow, MPPP sebenarnya turut mempunyai hak untuk merujuk kes seumpama ini ke Mahkamah sekiranya pemilik premis masih tidak mematuhi kehendak notis-notis yang dikeluarkan oleh MPPP.

Jelasnya lagi, tanah bangunan usang di atas lot 132 dan 133 sepatutnya dimajukan bersama bangunan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) di atas lot tanah 131 sebagai sebuah hotel, namun, masih tidak dilaksanakan atas sebab-sebeb tertentu.

Difahamkan, bangunan bersejarah berkonsepkan New Classical tersebut pernah mula dibina pada tahun 1809 sebagai sebuah hotel.

Bangunan warisan itu direkodkan pernah terbakar pada tahun 1920 dan dibaik pulih semula pada tahun berikutnya.

Dalam era 1940-an yang menyaksikan Perang Dunia Kedua meletus, bangunan tersebut dijadikan markat untuk Tentera Laut Diraja British (British Navy).

Selepas itu, bangunan warisan tersebut dijadikan kubu penjajah oleh Tentera Jepun, sebelum diambil alih oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mulai era kemerdekaan tanah air pada 31 Ogos 1957.

Justeru, Kon Yeow memberitahu, kesemua enam blok itu direkodkan sebagai bangunan warisan karegori kedua, sungguhpun kedudukannya sedikir di luar George Town Tapak Warisan UNESCO.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus