19 August 2014

Menteri, Guan Eng komited kembang potensi pelancongan P.Pinang

SEKUMPULAN pelancong asing merakamkan gambar kenang-kenangan bersama Ketua Menteri dan Mohamed Nazri Abdul Aziz di bangku unik di sini, dengan gaya ‘sawadikap’ yang menjadi identiti komuniti Thailand.
BANGKU unik yang berpintal-pintal di Lebuh Armenian ternyata turut menggamit perhatian tiga pelancong asing merakamkan gambar bersama di sini. | Foto: Arkib Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri menyambut baik insiatif Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk mengembangkan industri pelancongan Pulau Pinang, khususnya di George Town Tapak Warian Dunia UNESCO.

Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng berkata demikian kepada Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa menteri berkenaan mengadakan lawatan kerja di sini baru-baru ini.

Guan Eng turut menyambut baik pemberian dua kerusi unik yang disumbang Balai Seni Lukis Negara untuk menghiasi ruang lapang sekitar Secret Gardens of Earthly Delights, sempena menyambut Festival George Town (GTF) Ke-5 sepanjang bulan Ogos kini.

“Yakinlah bahawa anda semua akan merasai keunikan hakiki Pulau Pinang, sehinggakan ia akan menjadi destinasi pelancongan pilihan dari seluruh dunia,” ucap Guan Eng di sini baru-baru ini.

Sebelum itu, Mohamed Nazri menyatakan komitmen untuk membantu Kerajaan Negeri mengembangkan potensi industri pelancongan supaya setaraf dengan destinasi pelancongan lain di peringkat dunia.

Komitmen itu dinyatakan semasa makalah New York Times telahpun mengiktiraf Pulau Pinang sebagai antara destinasi pelancongan pilihan terbaik di rantau Asia.

"Saya sangat gembira dengan kejayaan Pulau Pinang dan mungkin mempunyai rancangan yang lebih besar untuk dimaklumkan.

"Saya sendiri berharap Pulau Pinang akan menjadi permata bagi pelancongan Malaysia, bak Bali untuk Indonesia," jelas Mohamed Nazri, sambil melahirkan rasa gembira dengan reaksi positif daripada pentadbiran Guan Eng.

Pengerusi Galeri Seni Kebangsaan, Datuk Mahadzir Lokman, Pengarah GTF, Jeo Sidek, dan Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Datuk Ar. Patahiyah Ismail turut menyertai lawatan kerja Mohamed Nazri.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus