07 August 2014

Konvoi Gaza P.Pinang tangguh ke 6 Sept.


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SUNGAI PETANI - Konvoi Solidariti Bikers Untuk Gaza di Queensbay Mall, Pulau Pinang yang sepatutnya dijadualkan pada 23 Ogos ditangguhkan ke 6 September depan.

Jurucakap ARC Utara Semenanjung Malaysia, Ahmad Kamarudin dalam kenyataannya malam tadi memberitahu, syor itu bagi menghargai penganjuran Kongres Pakatan Rakyat pada tarikh itu di ibunegara.

"6 September, awal seminggu anggaplah macam sambutan ambang Hari Malaysia 16 September, sebagai solidariti untuk Gaza," ujar Ahmad, selepas siri kempen di kediaman Pengerusi Fun Ride Bikers (FRD) Cikgu Ismail Osman, Sungai Petani.

Penasihat Inteam Bikers Malaysia Pulau Pinang, Tuan Haji Zolkifly Md Lazim dan Pengerusi Koperasi Pasar Aneka Taman Selat Butterworth Berhad (KPATSBB) Nasorudin Shah Mat turut menyertai kempen kemanusiaan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Cikgu Ismail memberitahu  FRB akan mendapatkan sumbangan untuk Gaza dalam satu majlis pada Sabtu, 9 Ogos jam 12.30 tengah hari di Pejabat Baitul Ummah MAPIM.

Pejabat MAPIM Wilayah Utara Semenanjung Malaysia di alamat No.67, Jalan Sungai Layar,  dekat Pinggiran Taman Seri Negeri, Sungai Petani.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus