PERTANDINGAN mewarna kanak-kanak di ruang utama Pasar raya Sunshine Bertam di sini baru-baru ini. |
TUNGGU giliran persembahan pentas. |
KIOR lagu-lagu patriotik. |
ASYIK dan penuh semangat mendeklamasikan sajak kemerdekaan. |
LIM Guan Eng (paling kanan) serta pemimpin Kerajaan Negeri lain pada majlis perasmian gimik Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BERTAM - Kibarkan Jalur Gemilang
dengan semangat kepelbagaian kaum sempena ulangtahun ke-57 Hari Kemerdekaan
pada tanggal 31 Ogos ini serentak dengan keraian Hari Malaysia pada 16
September depan.
Ketua Menteri YAB
Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata, kemajmukan kaum dan agama di Pulau
Pinang mesti terus dijadikan kekuatan bersama bukan hanya pada sambulan Bulan
Merdeka ini sahaja.
“Biarlah perbezaan kaum dan agama menjadi
tonggak kekuatan dan bukan merupakan kelemahan dan kekurangan kepada masyarakat
berbilang bangsa di Pulau Pinang.
“Saya berharap
semangat patriotism tidak berhenti setakat ini sahaja, kibarlah Jalur Gemilang
di mana-mana sahaja,” ujar Guan Eng pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur
Gemilang Peringkat Negeri dekat Pasar raya Sunshine di sini.
Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang turut berucap
pada malis keraian tersebut.
Hadir sama,
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Prof. P. Ramasamy
(Timbalan Ketua Menteri II), Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri),
Exco-Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Mohd. Jait (Pegawai Kewangan Negeri)
dan kepemimpinan negeri lain.
Istiadat kibarkan
Jalur Gemilang, koir lagu-lagu patriotik dan deklamasi sajak merupakan antara
acara pentas menarik pada keraian kali ini.
Tidak cukup dengan itu, Pertandingan Mewarna Kemerdekaan, melukis, Kuiz Kemerdekaan, permainan dam gergasi turut dianjurkan demi menyemarak semangat patriotisme dalam kalangan warga di negeri ini.
No comments:
Post a Comment